Glitter Words

My Friends

Showing posts with label luahanku. Show all posts
Showing posts with label luahanku. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Innalillahiwainnailaihiroji'un..

assalamualaikum..
it's been a while since my last update..
tak tau apahal malas sangat perangai nak update blog..
tapi sekarang, nak mula balik ber blog..
i miss "my beautiful heaven" so much..

maka, untuk membuka bicara blog ni..aku mulakan dengan 
Bismillah, 
Innalillahiwainnailaihiroji'un..

Takziah buat LADYOFLEISURE sekeluarga atas kehilangan anakanda beliau adik  Arman Dani pada 16/05/2014..
aku pon turut terasa kehilangan, kami sama-sama saling sharing moment pregnancy tahun 2011, 
aqil lahir bulan 6 dan aman lahir bulan 10..
my heart breaks when i hear the news..
his mummy said "Loosing your one-and-only-child is indeed the most greatest calamity 
could ever happen to a person"   T__T

To Lady : its ok dear.. Grieve.. The pain is so great.. But i know u r strong... U have been one.. And will always be one.. Hang in there.. May Allah ease u..and remember that aman's fate is written to be ended in heaven. and he will pray to Allah tht his parents will join him too,. soon *hugs*Allahumma Yassir wala Tua'assir rabbi tammim bi khair..

untuk aman sayang, aunty hadiahkan al-fatihah buat aman, 
seyum selalu diatas sana ye sayang..
aunty tak lupa your "i wish a balloon in the sky" 
and i hope u found so many colourfull balloon in the sky sayang..
al-fatihah (please do recite this surah for lil aman) 



Wednesday, January 1, 2014

TAHUN BARU AZAM BARU, 2014..

Assalamualaikum..hari terakhir di tahun 2013..mcm biasalah..saya mau flash back azam tahunan, dan tengok azam apa yg kene carry foward..hihi..actually azam 2013 ai banyak gak yg terlaksana..Alhamdulillah, tapi ada gak terpeleot satu dua..

AZAM TAHUN 2013
1. masih lagi nak KURUS..KURUS dan KURUS !! at least dapat capai 55kg untuk tahun 2013 **yg ni terpeleot mak limah..hahaha..tp i managed to get 50 series la (walopon hjg 50an)
2.  nak rajin sangat masak-masak untuk anak-anak dan asben
**alhamdulillah yang ni ai dapat capai dgn jayanya..boleh kira dgn tgn la berapa kali kitorang mkn kat luar sebulan..yeayyy!
3. nak kurangkan garang2 kat alya dan aqil..cian anak2 ai..asik kene marah je..
**and the results...ai dapat kawal kemarahan dan banyak sangat sabar dengan anak2..gud job ibu! 
4. tahun 2013 ni,nak plan family vacation luar negara plak..Indonesia pon jadi lah..dan juga    kalau dapat extra pi Sarawak..heheh
**alhamdulillah, percutian pertama kami ke obersi (lah sangat) di Sumatera Indonesia, ke Pulau tioman, Pulau Pinang. Kelantan, Terengganu, Family Day di Morib Gold Coast dan beberapa short trip sangat membahagiakan..cewah :p
5. saya dah bosan jadi shopeholic! nak buang perangai tu jauh2,mesti asben bertambah kasih.. :) 
**This is my biggest challenge and ai berjaya..i'm not shopaholic anymore, gud job Sasha!

yang paling penting : nak menjadi hambaNya yang sentiasa mengingati Nya dalam susah dan senang..amin ya robb **yang ini memang harus la dipertingkatkan dari masa ke semasa kan..


untuk tahun 2014..

oh, saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang..Alhamdulillah, i'm happy with my life..cuma kalau ada sedikit penambahbaikan dalam hidup..tentunya seronok..hehe seperti: 
* dapat kan ideal weight for myself
* dapat ajar aqil fully free diapers dalam masa terdekat ni..
* nak buang botol susu alya jauh2
* and nak request vacation to Pulau Redang and Gunung Kinabalu to my dearest husband..ngeh..ngeh

so untuk semua kawan-kawan blogger..Let's spread the love..Happy New Year 2014 :)


Thursday, January 3, 2013

flashback azam 2012..

hari ni..rasa rajin nak buat "flashback" azam 2012..kahkahkah..jom kita tengok ada yang kena ke tak :p

# KURUS..KURUS dan KURUS
results : ntah tang mana la yang kurus ni..sakit kepala bila penimbang berat makin tak berapa nak kawan..hukhuk

#lebih rajin masak untuk hubby dan anak2..
results : well..tak leh nak kata rajin sangat..tapi ada improvement la..dulu2 masak weekend je..nowdays dah pandai masak time weekdays..terkejar2 nak bagi anak2 + abah nya makan air tangan sendiri..haha

# Sabah..Sarawak..Penang for our 2012 vacation
results : i'm happy b'coz memang tercapai la impian ni..semua dapat pergi kecuali Sarawak..dan dapat lagi extra2 vacation kat Cameron Highlands, Gold Coast Morib..etc..yeayyy!!

# Craving for iPhone 4s :p
results : tak berjaya dapatkan ini..hahaha..but i managed to get 'sam and sung' for my new gadjet 2012 kihkih..

heheh...tu dia azam yang tak tergapai..ada yang tercapai dan tertukar..kihkih.. okeh tutup buku yer..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

azam 2013???

hermmmm..

# masih lagi nak KURUS..KURUS dan KURUS !! at least dapat capai 55kg untuk tahun 2013 :)

# nak rajin sangat masak-masak untuk anak2 dan asben..dengan pelbagai resepi..kihkihkih

# nak kurangkan garang2 kat alya dan aqil..cian anak2 ai..asik kene marah je..heheh

# tahun ni,nak plan family vacation luar negara plak..Indonesia pon jadi lah..dan juga kalau dapat extra pi Sarawak..heheh :)

# saya dah bosan jadi shopeholic! nak buang perangai tu jauh2,mesti asben bertambah kasih.. :)

# okeh,gadjet idaman adalah..........Mini Ipad..hahah (ada yg nak hadiah ke?)

yang paling penting :

nak menjadi hambaNya yang sentiasa mengingati Nya dalam susah dan senang..amin ya robb


doakan sesama ye kengkawan.. babai :)



Monday, December 31, 2012

2012 dan kenangan

status facebook hari ni (31.12.2012) :
2012~meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis..banyak mengajar erti ketabahan dan mengajar hati untuk redha dalam menerima ketentuan Ilahi.. 
2013~ semoga diberi kesempatan untuk terus mengecap kehidupan ini..bersama yg tersayang, dalam redha Ilahi..

2012 bakal melabuh tirai..bagi saya..2012 banyak mengajar erti ketabahan dalam menempuh realiti kehidupan..paling terkesan bila kehilangan arwah adik bongsu saya dalam kemalangan..rindu yang tak pernah pudar..
namun begitu..ada juga kenangan manis 2012 yang menjadi kenangan..percutian yang super best dan juga dapat adik ipar (2 sekali gus) pertengahan Disember lepas.. rasa lega..semua adik-adik dah kahwin..Alhamdulillah..next year saya share story majlis perkahwinan tu ye..harus share sebab i'm the FM of the wedding!!!hehe

tentang 2013..apa yang diharap..apa yg ditunggu..semoga menjadi kenyataan..amin ya Robb..


Tuesday, December 11, 2012

belajar meredhai..

semalam..saya kehilangan duit..jumlah yang besar..bagi orang yg kecil² macam saya..saya tenangkan hati..dalam² memujuk hati yang sedih dan terkilan..air mata jatuh juga masa nak maklum kat asben tentang kehilangan tu..terbayang pulak kepenatan asben cari duit, ulang alik dari Tangkak - Melaka ke tempat kerja..dapat gaji..bagi kat isteri elaun bulanan..si isteri cuai letak merata..sampai hilang duit tu..hermmm..

hari ini..dalam menanti PPTM datang untuk chek cctv kat ofis ni..saya sedang belajar untuk mendidik dan memujuk hati supaya redha..andainya duit tu bukan rezeki saya lagi..saya perlu redha..cuba beranggapan ini lah ujian kecil dari Allah..mengingatkan saya bahawa segala-galanya adalah milik Dia..rezeki ditangan Nya..andai kata sudah tertulis bukan rezeki saya..dah dalam genggaman pon Dia boleh menarik nya.. dan saya cuba muhasabah diri, ada yang perlu "dibersihkan", pujuk hati lagi ~sigh~

semoga hati saya belajar supaya redha dengan ketentuan Allah.. dan dengan kata² yg saya ambil dari blog² rakan²lain..hati lebih tenang.. :)

"Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki  kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari"

Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15


orang yang beriman..tiada istilah masalah dalam hidupnya..yang ada,hanya cubaan..dan cubaan dari Allah itu, bukanlah dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaian..hidup ini,jangan kusut otak kita yang memang Allah jadikan dah sedikit serabut tu..usaha dan berdoa.. ~petik dari seseorang~

wallahualam..


Friday, December 7, 2012

tidak serapuh gigi ibu..

dear my kids,Aqil & Alya..meh dengar sini..ibu nak bagi nasihat..nasihat hari ni berkenaan dengan pentingnya penjagaan gigi..muahaha 

anak²..dari zaman ibu kecik,ibu sangat tak suka minum susu..euwwwww, ibu kata bila berhadapan dengan susu..dahla tu,semua benda berkaitan dengan sumber kalsium..semua ibu takmo makan..ikan bilis..cheese..sayur²..semua ibu kata 'eiiiiiiii..' heheh..hasilnya??gigi ibu banyak yg rosak..bertampal sana sini..bila time dentist datang sekolah,ibu le antara murid yang paling lama kene 'detim' dengan dentist tu..huwaaaa..

anak²..masalah ibu tak tamat di situ saja..di waktu remaja,ibu jenis yang suka makan manis²..ibu sangat² suka kemam gula²..sangat suka mamah coklat..sebelum tidur ibu mesti nak pekena coklat barang sepapan..mujurlah waktu itu metabolisme ibu sangat baik..pembakaran lemak berlaku dengan cargas..maka ibu tidak mengalami masalah berat badan (diulang ye..SEMASA REMAJA) tapi,satu pulak masalah ibu bertimpa..gigi ibu rosak teruk..bayangkan,ibu kehilangan 2 batang gigi geraham sebelum berkahwin dengan abah..syukurlah abah menerima kekurangan gigi ibu itu tanpa mengurangkan sesen hantaran pon..hakhakhak..kos rawatan gigi ibu masih lah dibawah rm100 dan ibu masih boleh tersenyum dengan cantik kerana gigi yang hilang orang tak nampak..yeayyy..ibu mkn coklat lagi...

anak²..akhirnya..kamu berdua umpama bidadari dan bidadara muncul dalam perut ibu..the best part of my life..hehe..untuk memastikan kamu cukup semua bekalan semasa dalam perut ibu, ibu makan semua yg berkhasiat..ibu pastikan tak culas semua vitamin yg di bekal oleh doc..hehe, cuma..ibu terlupa..ibu ada masalah kalsium..gigi ibu mula reput..sebatang demi sebatang..ibu mula kehilangan gigi..huwaaaaa..bukan salah kamu berdua,salah ibu..yg tak jaga gigi dari kecil lagi..

now..gigi ibu semakin reput..lepas sebatang demi sebatang perlu dibuang..root canal pon tak boleh dilakukan..sedihnya ibu..2 hari lepas..ibu kene buang 2 gigi geraham yang dah mereput..ditambah tampalan beberapa gigi..dan ibu terpaksa tunggu 2 minggu lagi untuk minor surgery lagi 3 batang gigi yang reput.. :(

anak² ku sayang..ye, diusia muda ini...ibu mungkin akan terpaksa menggunakan ehem² ,hehe..malu le ibu nak sebut..ibu nak senyum pon dah tak cantik tau..ehehe..dan paling sakit hati..sekali rawatan pergigian je ibu mampu berhabis rm350-rm400.. sebenarnya tak berapa mampu pon :p tengok tu..amountnya boleh bawak kamu pergi bercuti ke Legoland,sunwaylagoon..etc..tapi tengok la..ibu mu berhabis kat Klinik Pergigian Persoan..hukhukhuk..

akhir kata..untuk mu anak², jaga lah gigi kamu baik²..makan lah sayur-sayuran..susu dan segala sumber kalsium.. kurang kan atau terus elakkan segala yang manis..amik ikut keperluan saja.. selalu la pi jumpa dentist (lepas ni jgn menangis ibu bawa pi jumpa dentist every 6month..ibu takmo korang alami masalah sama ibu) dan yang terkahir.. KENE DENGAR CAKAP IBU DAN ABAH..TAKMO LAWAN TAU, nanti gigi rosak dan rapuh (okeh..yg ni ibu tipu ;p)
semoga anak² ibu membesar dengan sihat dan kuat..dan menjadi anak² soleh dan solehah..

tengok bill ni..kalau ibu cancel pi Legoland tahun ni agak² dimaafkan tak?hehehe


yang pastinya..kasih sayang ibu pada kamu wahai anak²..tidak serapuh gigi ibu..sentiasa kuat dan bercambah dari hari ke sehari..ewahhh..hehe..muahhh

Wednesday, December 5, 2012

Tired or Bored?...

mood hari ni..


rasa nak balik tido..kerja belum siap..huwaaa..



Thursday, November 29, 2012

penatnye..

*entry tidak bergambar*

Penat sangat la dalam 2-3 minggu ni..lepas selesai satu kerja..kene kejar dek kerja lain..bersambung-sambung.. 

kat ofis..
~memula kejar LO (pesanan kerajaan),asik ke OverTime tak tentu masa.. 
~lepas tu kejar pembekal suruh siap kerja 
~dalam masa sama kene kejar LNPT..laporan untuk APC..etc..
~kenaikan pangkat pegawai2 lagi..
~banyak sangat laporan nak buat akhir tahun ni..

kat rumah..
~kejar masa nak tolong adik siap kan doorgift utk majlis bersejarah diorang
~kejar masa nak tolong ayah cat rumah,kemas rumah ayah..
~dalam masa yang sama bawa mama pergi menjemput (org tua2 nak menjemput kene bersua muka..segala sms,panggilan telefon,pm or whatsapp tidak dilayan..heheh)
~weekend pulak asyik bawa adik2 pi beli barang2 yang masih tak cukup2 utk majlis..fitting baju yang tiap2 minggu pon makin longgar (eh..korang tak makan ke hape ek?) pendek kata as AHLONG, byk benda i kene tolong..huhu

sangat le penatnye..errmmm,nak cuti..nak pi tempat yang rileks,macam tepi pantai ke..ahahaha..tapi,memang dah tak dan nak pi bercuti bagai..banyak kerja tak selesai lagi,since persiapan majlis agak lewat kerana kehilangan besar keluarga kami baru2 ni..tunggu lepas majlis angah dan kety nanti..baru plan bawa anak2 ke Legoland(macam bukan tepi pantai je ni) asben ajak terus stay JB la kot..lepak2..huhu..cepat lah semua ni selesai..

p/s: tak jadi ke Semporna..hukhuk.. sebab tarikh kejadian jatuh pada kurang seminggu sebelum adik nikah..tak dan weh ! sedey...

babai..

Friday, September 28, 2012

Al Fatihah buat adik tersayang..Mohd Shahir b. Mohd

assalamualaikum..tanggal 25.09.2012,keluarga kecil sy diduga dengan dugaan yg hebat..adik bongsu lelaki kami telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..pergi menemui Kekasih abadi..tanpa pesan..tanpa tanda..beliau terlibat dalam kemalangan di Gua Tempurung, Perak..hanya jasad yg telah tidak bernyawa menanti kami setibanya kami di Hospital Kampar..Allahuakbar!!!berat dan pedih dugaanmu pada kami ya Allah..

Adik..tak terkata sedihnya hati ini menerima khabar pemergianmu..seakan tak percaya kita tak dapat bertemu lagi..luruh hati bila melihat jasadmu yg terbujur kaku saat hendak dimandikan..meruntun jiwa bila lihat semua luka-luka di seluruh wajah dan kaki mu..rasa tak sanggup nak menyentuhnya kerana along seakan dapat rasa kesakitan itu.. 
Adik..along sedang menangis..berfikir..siapa lagi yang hendak along bebelkan..siapa yang nak along risaukan..pada siapa along nak minta tolong perkara-perkara remeh yang hanya kamu rajin melayan..dan alya dan Aqil hilang ocu tempat mereka bermanja,bergurau..ya Allah,kesedihan ini amat pedih :'(

Kadang-kadang,syaitan merasuk saya untuk persoalkan qada dan qadar Allah..mengapa kedua-dua adik lelaki saya di ambil seperti ini..tak kesian kah Dia pada keluarga kami?adik lelaki saya yg pertama meninggal kerana kemalangan juga 8 tahun lepas..dan sekarang,satu-satunya adik lelaki saya yang tinggal jua pergi kerana kemalangan..Astaghfirullahalazim,siapalah kita nak persoalkan qada dan qadar Allah..astaghfirullahalazim..."aku berlindung dari syaitan yang direjam..ampunkan daku ya Allah" 

"Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Ta'ala."

semoga roh adik yang tersayang dicucuri rahmat dan  ditempat dikalangan orang-orang yang beriman..al fatihah..
Mohd Shahir bin Mohd ~22.10.1988 - 25.09.2012~

Wednesday, August 8, 2012

Sumpah aku sayang T_T

sumpah aku sayang..sangat sayang..kau lah benda pertama yang aku terpikir lepas dapat kerja gomen..nak2 plak en.poji kata ok..so,memang kau dah menetap dihati dari sebelum kau berada dalam famili aku..mana mungkin aku tak sayang..tak mungkin..
kau..yang dah bawa aku keliling Malaysia,selatan..barat..timur..yang sentiasa menyejuk kan hati aku..kau yang sangat lah jarang meragam..rasa-rasa boleh kira berapa kali kau meragam sepanjang dengan aku..sumpah aku sayang kau!

aku nak kau tahu..menggantikan tempat kau adalah satu yang amat menyakitkan bagi aku..cuma aku perlu memenuhi keperluan hakiki keluarga yang mungkin akan bertambah lagi..kapasiti semakin besar..hermmmmm..tak terniat dihati melepaskan kau..aku tak mampu untuk memiliki kedua-duanya..maka aku terpaksa melepaskan kau pergi..maafkan aku..
huwaaaa..hati sakit=sakit hati..tak lama lagi aku bakal lepaskan kau pada dak angah..harap dak angah boleh jaga kau baik2..be gentle pada kau..hermmmmm..
angah,kau kene jaga dia baik-baik tau..pelisss..!!

akhir kata..aku sayang ko..sumpah aku sayang ko! kenangan kita berdua sepanjang highway nilai-pajam..kenangan sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu..ke Perak..Kluang..malah yang setiap hari kita hadapi bersama-sama dari Bukit Katil ke Kompleks Kesidang, Bachang akan aku kenang hingga akhir hayat ni.. kenang daku dalam deruman enjin mu wahai Mr. Tenggiling Encem ku..hukhukhuk

Mr. TENGGILING ENCEM saya!

**bakal berganti dengan EN.PEARL GAGAH :)

Tuesday, June 12, 2012

Ayah..

baru lepas letak telefon..air mata bergenang lagi..ermm..yang telefon tadi ayah..hari ni ayah telefon saya dah masuk 3x..sedih.. ayah macam tau saya sedang fikirkan dia..
pertama : nak suruh datang ambil lauk dia masak kat rumah
kedua : nak beritahu adik saya dapat panggilan interview
ketiga : nak beritahu dia dah beli ubat sekian2..sedihnya..

lately..apa saje berkaitan ayah boleh buat hati saya sangat tersentuh..setiap hari saya akan singgah kat post dia (ayah dah pencen now jadi jaga) bawa anak2 lepak dengan dia sekejap..dah seminggu..ayah mengadu dia kerap kepenatan..badan tak sedap..makan tak lalu..

Ayah..usia dah mencapai 59tahun..masih kuat bekerja walau dah pencen..ayah tak suka duduk rumah saja..ada je kerja dibuat..ayah tangan berseni..pandai masak..menjahit..dan sampai sekarang masih masak untuk saya dan adik2..walau saya dah berkahwin..kalau ayah masak,dia mesti suruh saya ambil lauk buat bekal.."ayah,kaklong sayang ayah"...ayah sentiasa tabah hadapi dugaan hidup..ayah antara orang yang paling hebat diduga dalam hidup yang pernah saya jumpa..tapi,ayah hatinya lembut..sangat mudah memaafkan dan mudah tersentuh..

Dulu ayah garang..sangat garang..saya masih ingat zaman sekolah dulu..sekali kerlingan ayah pada saya dan adik2..cukup buat kami tertunduk kalau boleh nak masuk kepala macam penyu :D tapi kini..ayah dah tak segarang dulu..badan ayah pon dah tak sekuat dulu..kerlingan mata ayah sekarang cuma menunjukkan rasa kasih..disamping garis2 dibawah mata ayah..ayah semakin uzur :'( setiap kali saya cium tangan ayah..saya belek tangan ayah yg berkedut tu..amat meruntun jiwa..tapi saya tahan airmata dari jatuh..semalam,masa ayah mengadu dia tak sihat..saya tengok dalam2 mata dia..ye dia betul2 tak sihat..saya tau ayah tak harap simpati..cuma perlu seseorang untuk diluahkan rasa..ayah selalu cakap pada saya "kalau ayah takde..kaklong tengok adik2..ayah harap kat kaklong je.." **kaklong perlu ayah!!!

saya tahu..segala nikmat ini iaitu, bahagia..gembira..mama,ayah,suami,anak2 dan lain2 adalah pinjaman sementara..bila sampai masa nanti..Dia akan ambil semula hakNya yg dipinjamkan..saya kene redha..itu hakikat..walaupon hakikat itu bakal memberi seribu rasa kepedihan dalam hati T___T
Ayah..semoga ayah selalu sihat dan semoga kaklong diberi kesempatan berbakti pada ayah banyak2..walau memang tak terbalas dengan jasa ayah.. :( selagi nyawa dikandung badan..ayah takkan keseorangan..kaklong dan adik2 sentiasa ada dengan ayah..kaklong sayang sangat kat ayah..ayahlah superhero kaklong dari dulu..kini..selamanya T___T

ayah masa sambut ulangtahun kelahiran ke- 58

**nak pi surau nangis jap..babai :'(


Friday, June 8, 2012

my MAJOR changes..hehe

nak luah perasaan dalam belog ni lah..huhu..sebab dah makin sesak pikir dan pikir..hehe..naik penin la..padahal isu kecik je pon..hahahaha..ermmmm, lately ramai sangat tegur badan i dah naik..dah gumukss..actly mmg la i noticed pon..cuma takla amik berat sangat sebab baju semua masih muat
**walo makin ketat -______-"

baru2 ni..borak2 dgn my friend..dia bitau yg dia terjumpa my ex bf gedik2 (gedik2 mean x serius nak buat kawin..wakaka) ada ke patut my ex tu kata, terjumpa i and i dah berisi *sambil buat muka pipi cembung..sila la korang buat..haaaa,gitulah dia mention i..tak ke cissskek punya olang!!haha..padahal pn.wife dia pon sama dengan kita je..pandai nak kata orang..cisss (hari tu juga i sumpah dia gemuk triple miple..huhu @____@ **bengang sambil kunyah kepok..

lepas kejadian tu..2 hari berikutnya..opis ada buat potluck..kami ada la jemput ex Ketua Jabatan dalam majlis tu..tetiba kak emi (ex KJ) tu tegur.. "sha..awat akak tengok sha macam dah berisi ni?sha pregnant ke?" adoiiiila..i tak jumpa dia dalam 2-3 bulan je tak silap..takkan la dalam masa camtu cepat badan naik ketara..huwaaaaa T____T **nangis sambil makan coklat..

hehe..ntah la ek,tak marah pon orang tegur..hakikatnya memang lately i sangat kuat makan..sangat..sangat dan sangat..kuikuikui..dan makan dalam kuantiti yang banyak..sampai ada yang tegur..hehe..dah cuba diet,hampeh je..balik rumah..my laling selamba je ajak pi makan..makan sedap2 plak tu..mana la bleh nak tolak..tak baik kan melanggar perintah suami :p
yang benar, asben i tak pernah komplen or kisah..dia kata i bukan kategori gumukss cuma berisi..tapi didepan mata orang mengenali i masa remaja..depa mmg akan terbeliak mata la see my condition sekarang..sgt berbeza..macam tengok size XS berubah ke size L..korang paham??haha..i agree dengan asben 100% :p

okeh..now i dah promise myself..i nak kurangkan makan benda berlemak..kurangkan nasi..tapi still makan dengan kuantiti yg sama cuma tukar menu sebab aqil iman masih menyusu badan (yes..i'm breastfeeding mom and never lost my weight **sigh..) and i also nak ketatkan disiplin penggunaan beautiful semula..hehe, dan juga senaman selama 20minit sehari..chaiyokkk!hehe..semangat tu penting kan..meh i nak share my major changes..jaga2 jangan tergezut..kahkahkah

"
"
"

muahahaha..see the difference?

Pose tu maintain nak sama..badan..hampeh!!hahaha..ermmm..actually ada terfikir nak buat slimming treatment..tapi tak sure lagi..atau nak beli juga threadmill..atau just buat donno and biar dia kurus sendiri..bleh gitu??kahkahkah.. **kata sorang rakan,dalam hidup kene ada anjakan paradigma..dari single ke married..dari kurus ke berisi..baru le hidup dinamakan kehidupan..mak jemah kata..i setuju je uolss :p

Babai :)

Friday, December 30, 2011

bye 2011..welcome 2012..

yeayyy..alhamdulillah..kita bakal menempuh tahun baru..banyak sungguh kenangan 2011 ni pada saya..hehehe..

yang memberi impak paling besar..

# kelahiran Aqil Iman..Alya jadi kakak besar :) (sini)

# Hubby berani melangkah keluar dari kepompong KEHEPSI (sini)

# dan..kami berjaya membeli rumah..walau pon rumah second hand..hehe (sini & sini)


yang berjaya saya capai utk 2011..


# gadjet idaman :p

# fully breastfeed Aqil untuk 6 bulan dan masih continue bf lagi..yeayyy

# all the vacation that we had for this 2011..love it!


tahun 2012..saya nak...!

# KURUS..KURUS dan KURUS :D

# lebih rajin masak untuk hubby dan anak2..hahahah!every year must renew!

# Sabah..Serawak..Penang for our 2012 vacation..

# Craving for iphone4s :p

hehehe..harapan semoga semua kehendak diatas tercapai..

ok kengkawan..wishing u a very happy new year..semoga persahabatan kita tru blogging ni sentiasa mekar berkembang..cewah..babai :D

nota kaki : ape pon..hope sakit mata ni baik sebelum 2012..huhu (yes!i still sakit mata :( )

Monday, November 14, 2011

~kusut diminda~

tajuk entry tak tahan... :p
hari ni kan..ramai tegur saya nampak serabut,kusut..
eh,ye ker??ermmm..jom kita tengok kejap..
long skirt kaler coklat,baju corporate kaler ijau,tudung kaler kelabu..
ok!!memang nampak pelik kot..huhu
mana tak nya..hati sedang gundah gulana..
hari ni my knight akan ke Pontian,Johor..training disana..untuk 3 bulan!
balik pon sekali sekala..2minggu sekali la kot..
aduhai..macam2 bersimpang siur kat kepala ni..
-saya bakal jadi SUPERMAK,tanpa SUPERPAK..hihi
-memikirkan keadaan hubby disana nanti..makan,pakai,sakit,pening...
-anak-anak kompom rindu hubby,terutama alya..hukhuk (saya pon..)
-kalau ada apa2 kecemasan (mohon dijauhkan) saya terpaksa hadap sorang2..
-dah lama tak PJJ..sunyi itu pasti... :(
-eh...macam2 la nak kene pikir dan terpikir..
kusutnya otak ni..huhu..tapi kata hubby yg kengkonon nak memujuk..
"setiap pengorbanan..pasti ada hasilnya..insyaallah.."
saya kene berkorban..hubby kene berkorban..untuk masa depan yang lebih baik.. :)

saya kan..tertanya..dan nak tanya..
adakah keterlaluan kalau salah satu kerunsingan saya adalah..
"SOAL HATI"
aduh..aduh..aduh..jgn kau terluka ye hati,takde ubat ni..
semoga dijauhkan segala perkara2 yang tak di ingini..
semoga rumahtangga kami aman dan damai..tanpa gangguan anasir luar..hihi

pssstt..hubby kata saya cengeng..macam alya :p

babai kengkawan..


Tuesday, November 1, 2011

~oh November..~

pejam celik..pejam celik..noVember datang lagi..hehe..bermakna,
empunya blog bakal bertambah 'mude'..ewah gitu..
noVember tahun lepas..saya sedang bwekk2 sebab aqil dalam perut..
tahun ni,dah cek da..takde sape2 dalam ini peyut kecuali makanan lelemak yang manyak!!haha..

November tahun ni juga amat bersejarah dalam hidup en.hubby..
say bye2 to my ex madu..ms.KEHEPSi..hihi..bye2..terima kasih atas jasamu pada keluarga kami :)

and say hi2 to **** ****** (welcome to the club :p)
setelah 13years hubby berkhidmat pada ms.KEHEPSi..
dari staff bawah sampai le ke kumpulan yg gud2 je tu :p..
akhirnya,dia terima offer dari mereka2 yang mmg dok intai nak bekerjasama dgn dia..
better opportunity kan..so,kita kene cuba!
abang..gud luck untuk perjalanan baru ini..ayang will always be there for u..hehe
(i'm proud of you..!)
opsss..ayg blom redha nak jadikan dia 'madu' baru ye..kenal2 dulu hati budi..cewah..
harapan dan doa semoga segalanya berjalan dengan LANCAR..

"WHO moved my CHEESE" oh no!!hehe..harap tak jadi macam tu kan..

ahaiiiiii..yang pasti tahun ni bonus tarak!!so...NO end year shopping..hukhuk..

babai guysss.. :)

Thursday, May 26, 2011

~salah ke c-sect?~

hari ni genap la kandungan saya usia 38weeks..kalau tak de apa aral..tak sakit awal..saya akan c-zer 03/06/2011m,uihhhh..seminggu ja lagi..seriau,hehe..
kenapa c-zer??adoiiila..kontroversi sungguh la kan..naik bernanah telinga ni tau..cara manusia judge sesuatu perkara..sangat la..ermmm..susah saya nak explain..tambah-tambah,bila ada molot2 jahat (ngeee..) kata :-
-haaa..ko ni susah bersalin sebab derhaka dengan laki kot?
-uishhh..mengada-ngada la nak c-zer..boleh je normal..ko tak tahan sakit tu..
-mulut jahat ni..sebab tu la orang doa macam2 bagi ko susah nak bersalin..
tak pon..
-saje je ko nak habiskan duit laki ko la tu..pi je gomen..compom bleh try normal..

eiiii..geram je kan..tapi..saya dah tak kisah orang nak kata apa..janji,saya selamat melahirkan anak ke-2 saya ni..dah tak sabar dah nak pelok cium dia..wheeeee ;D

ok..untuk rekod(ntah rekod sape nak tengok :p) alya dulu saya tak terus proceed untuk c-sect hokey..den rasa la contraction tu..bukaan dah sampai 6.5cm tau..tapi nak buat lagu mana..sakit lama..anak takmo turun2..ketuban dah pecah lama..me dah distress,alya pon distress,hubby kat sebelah tak distress tapi mengigil..hihi..so,doc terus suruh buat emergency c-sect..
anak no.2 ni pulak..dah dari mula checkup dah pesan dgn gynea "i want to have normal labor this time" doctor pon tarak halang..cuma bersyarat la kan..since ada risikonya..syaratnya,baby takleh exceed 3.5kg..then i can go for normal labor..cuba la korang bayangkan bila semalam pi scan,doctor estimate berat baby dah cecah 3.7kg..muahaha..anak2 haku ni suka makan manyak2 dalam perut kot..pastu bila dah cecah setahun,diorang pon diet dan mengurus ;))
so..pendek kata..kalau takde tanda-tanda baby nak keluar before 03/06/11 ni..saya pi tadah perut je lah kot..kalau baby kata nak keluar sebelum tu..pon kene tengok condition juga..ermmm..korang paham kan..kan..huhu..

ok..nak share satu artikel ganazzz yg gamble dari sini..hehe

ape pon..harap la semua selamat dan dipermudahkan..doakan saya ye kengkawan sayang.. :)

Friday, May 20, 2011

~rezeki adik Alya~

Rezeki di hari jumaat yang berkat..Alhamdulillah..
1st present for my coming soon newborn..
thanks a lot untuk kengkawan opis yg sangat murah hati..
memang plan nak beli sebab alya punya dah rosak..
bagi orang lain pakai..di rosakkannye pulak..huhu
tapi tu bukan stori nye..
yang jadi cerita utama..saya SANGAT SUKA hadiah ni..
thanks pada korang yang terbabit ye..
love you all!!
"

"

"

taraaaaa!!


alya test dulu ok :)

dadaaa..

Thursday, May 12, 2011

~thanks my love~

nota atas kaki : entry ni bukan le entry nak berlagak atau ber riak..cuma sekadar penghargaan seorang isteri kepada suaminya..boleh kan?after all..i dedicated this blog to my beloved one :)

wahaha..nota kaki kat atas tak tahan betul lah..hihi..actually,takde lah cerita apa pon..cuma teruja sikit..atas keperihatinan dan kemurahan hati en.hubby pada isterinya yg demand ni..ngeh3x...

ceritanya bila tetiba je en.hubby buat 'luahan perasaan'..kata dia,sejak saya pregnant masuk 2nd trimester..dia tengok saya dah tak shopping untuk diri sendiri lagi..
ok,jom gelak sesama..comelkan?hihi..punya la shoppingholic (ade ke terms ni?) saya ni sampai hubby pon perasan bila saya tak bersoping..haha..oklah,saya ngaku :p sekarang ni,asal pi shopping,saya asik grab barang untuk anak2..baru2 ni,hubby dapat bonus,so..bagi la saya sikit 'bonus'..saya dok sibuk beli baju raya untuk anak2 (kekdah nya..kalau bulan 6 dan 7 saya berpantang..tak sempat la nak shopping raya untuk anak2) so en.hubby saya sedih la kot,nak2 bila saya siap sibuk2 beli barang untuk dia sekali..cewah..
dan dengan tak disangka2..en.hubby telah bawa saya soping 'bahan' dibawah setelah saya dok perhati kan agak2 sebulan 'bahan' itu (asalnya..saya nak beli masa nak raya nanti..tapi dah hubby beria-ia kan..bagai orang ngantuk di sorong bantal..muahaha)

ni le "bahan" tu..comel kan..sesuai untuk jiwa pinky seperti ku..cewah..

sebenarnya..rasa tak sampai hati nak bersoping over2 lagi macam dulu..sebabnya,tak lama lagi tanggungan hubby bertambah..lately ni,hubby banyak keluar duit..untuk renovation rumah..preparation nak bersalin..semua SDN BHD ok!!selepas tu nak buat kenduri untuk anak2,housewarming..coming soon raya lagi..wah..saya pon tak sangka saya akan jadi sematang ini..jauh betul saya berfikir..muahaha..patut la en.hubby bertambah sayang (cehh..muntah purple jap :p)

untuk suami yg terrrrsayang..thanks a lot..bukan material tu yang buat ayang terharu..tapi keperihatinan yg abg tunjukkan pada ayang..errrr..cuba perhati2 lagi..apa yg ayg dok usha2..muahaha :p

nota bawah kaki : entry ni saje publish on 12.05.2011..sempena 13tahun pertemuan kami..cewah ;;)

ok kengkawan..babai :)

Sunday, May 8, 2011

~anak abah!~

entry auto publish

apa yang korang terfikir bila tengok gambar kat bawah ni??
"
"
"
"


alya kalau ditanya.."alya anak sape?" dia jawab..."anak poji"
kalau tanya lagi..." alya sayang sape?ibu ke abah?" dia jawab.."sayang abah"
ibu dok terkebil2 teringat sakit bersalin alya..kihkih..yes i'm jelesssss!!!!!

muahaha..tata :)


Thursday, May 5, 2011

~sabarlah sayang ibu..~

saya sedang susah hati saya..
tentu semua dah tau kan saya ni dah masuk minggu-minggu terakhir pregnant..
hari ni..kalau ikut kiraan saya dah genap 35weeks of pregnancy..
tapi masih belum full term lagi..huhu..EDD saya pada 09/06/2011..
masalah problemo nye..masuk hari ni..dah 3 hari saya ada keluar sikit2 'show'
macam lendir2 brown spot gitu..hari pertama saya dah refer gynea..
kata gynea..takde apa masalah..bukaan pon takde..malah,saya sendiri takde rasa sakit contraction ke,hape ke..cuma 'show' tu aje..
kata gynea lagi..ni cuma early sign of labor..tunggu dalam seminggu..
selagi takde tanda leaking,contraction yg tetap atau fresh blood atau
paling senang,bukaan serviks..
so,belum nak bersalin lagi..
dulu masa alya,saya keluar tanda darah dan mukus mcm lendir tu
beserta contraction yang kuat..jam 10.00 pagi sakit..jam 10.15mlm emergency c-zer..huhu

yang buat saya susah hati..
~apa khabar si kecil saya kat dalam perut ni?kenapa ada brown spot yg keluar..~
~kalau lah betul si kecil dah tak sabar nak keluar..35weeks baru..selamatkah untuk dia?~
~apa perlu saya buat ????~
~betulke saya ni dah nak bersalin?~

sebenarnya,semua soalan tu doc dah jawab..hehe :p cuma..saya masih tertanya2..yerla,dia jawab based on his experience..tapi,kalau dia yang duduk tempat saya..pasti dia pon tertanya2 macam saya..kan??
baby..sabarlah sayang..tunggu sampai 37weeks boleh tak?..sayang.... ;;)

kengkawan..doakan semoga semua dipermudahkan dan baby saya selamat ye..kalau boleh,biar la sempat full term..thanks semua..jasa kalian ku kenang :)