
Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts
Friday, May 8, 2015
Redang Island, Terenggganu

Sunday, December 14, 2014
LEGOLAND, NUSAJAYA JOHOR 2014
kawan-kawan RH :) |

Wednesday, November 19, 2014
PISAH BILIK TIDUR DENGAN ALYA DAN AQIL - TIPS
![]() |
ni bilik anak2 aku..simple kan..bahagian depan katil ada almari dan cermin untuk masing-masing..biar simple dan jimat asalkan objetif tercapai ok :) babai |

Wednesday, October 29, 2014
BERCUTI KE FRASER HILLS 2014
salam penghuni blog..lamanya tak update blog..gila lama..lama pon tak gila camni *apa aku merepek daa*
well..too much to handle kan..dengan FB, What's App, IG, Wechat, selfie...eh??haha
oklah..straight to the point..aku nak citer pasal percutian aku baru-baru ni..entry yang ni aku cerita percutian paling latest eh..nanti baru share pasal percutian sebelum percutian tersebut..korang paham?paham-pahamkan lahhh..haha
27/10/2014 lepas birthday usben aku..haha..so sebagai menghargai segala penat lelah en.abg mencari rejeki untuk memenuhi keperluan dan kehendak bini..aku bawa dia pi bercuti kat Fraser Hills..kerlass kan..haha, tapi motip nak cerita aku order bilik guna BPH RPP je..apa itu RPP? Rumah Peranginan Persekutuan, khas untuk penjawat awam..korang ce masuk kat link ni BPH
Murah..selesa..besar..semua ada, besar gila bilik tu buat aku nak berlari-lari anak mengejar usben dalam bilik,tapi sedau diri cecepat anak2 memerhatikan gelagat kami..kahkahkah..itu komen aku untuk RPP Fraser Hills ni..harga pun sangat berbaloi..aku order bilik besau rm50/semalam so rm100 2 malam (peliss jgn bitau usben aku, biau dia fefeling terharu duk bungalow rege mahai kihkihkih) korang yang keje gomen shud try this la..ada kemudahan kita gunakan puas2 ye dakkk..hehe
*tips nak tempah RPP selalu check unit available masa awal bulan.. 1hb, 2hb..*
Apa ada kat Fraser Hills? selain dari taman menan untuk anak-anak..ermmmmmmmmmm, lama ermmm tu..haha..korang mengeram dalam bilik jelah ye..sesuai untuk "love birds"..aku tak pergi main paddle boat sebab kat melaka (tasik air keroh) lagi banyak paddle boat..aku bukan "bird watching" people..hahaha..so aku cuma enjoy view..cuaca sejuk..dan mengerammm anak beranak dalam bilik besar..
Jalan nak naik ke Fraser Hills sangat hazabedah berbanding jalan Tapah -Cameron Highland hokey..Melaka-Fraser Hills amik masa dalam 3jam 45minit, masa naik atas aku ok lagi..bila turun aku muntah-muntah plak..aku pikir aku dah mengandung hanimun kat atas tu..cepat nau plak effectnya..kahkahkah..tapi so far ok lah..anak2 enjoy pasal ada banyak taman mainan dan rumah bungalow baru diorang..usben aku memang jenis orang yang sukakan alam semulajadi..aku je suka hiruk pikuk bandau..ntah hape2 aku ni..haha
hokey..aku share sikit gambar..bagi korang yang tengah cari review Fraser Hills tengok..tempat cantik..sila hamik pic banyak2..
berkabus gitu.. |
dengan 'nyawa' |
'nyawa shazie' |
besau bilik dia kan |
dalam bilik juga |
ruang tamu banglo |
tempat wajib amik gambo kalau pi sini.. |
dah cukuplah eh..nanti entry satu lagi aku share pasal pi sabah pula..ada banyak informasi menarik..till then..assalamualaikum :)

Monday, June 16, 2014
Umang Umang Chalet Kuala Linggi
assalam..
okeh aku nak bagi review sikit pasal short getaway aku bulan april lepas..dekat je pon, husband malas nak drive jauh2..aku pun nak sangat rasa duduk kat area pantai Pengakalan Balak..maka ini lah dia orang Melaka bercuti di Melaka..kahkahkah..
puas aku cari mana2 chalet atau hotel atau motel yang kosong di area Pengakalan Balak masa pertengahan april lepas, tapi takde rezeki..untuk info, resort atau chalet area Pengkalan Balak ni memang very high demand ok..kalau korang teringin nak stay saja tengok sunset ke..baiklah book awal2..jangan dok gatal nak walk in..silap2 kene berkhemah tepi laut je..tapi memang aku setuju la, Pengkalan balak antara pantai yang punya view sunset yang amat cantik..kat PD pon susah nak dapat view ni..
ok, berbalik cerita aku yang tak puas berjalan ni..at last aku dapat bilik dari Umang-Umang Chalet dekat Kuala Linggi untuk 12/04/2014, kira berdekatan dengan Pengkalan Balak la..Sempadan Melaka-Port Dickson..haha..boleh la dari takda, tempat pon nice..cantik amik gambar..boleh la nak bagi budak2 ni main air laut..asik main swimming pool je kan..hehe, tapi kerana chalet ni berdekatan dengan Sg. Kuala Linggi, air laut nya kotor bila air surut..so korang nak mandi masa air pasang je lah..tapi tempat seriously cantik..ahkak bagi 3 1/2 bintang..huhu, maybe kena bersihkan sikit la tempat yang terbiar cth wooden chalet tu..tapi overall ok.. (ko dah kenapa mcm bagi kome AF ni ahkak??..haha)
kalau sesapa rasa nak duduk sini, boleh klik link dekat nama chalet tu ok..
untuk kenangan, adalah sikit2 pic aku nak tepek.. *aku tak pernah terpikir nak buh watermark pic2 aku..pernah buat dulu, rasa leceh..mohon tak disalah guna ye.. (cewah..bajet pic cantekkk)
perjalanan nak masuk ke sini memang pelik sikit..sabar ye.. |
standard room
my kids main pasir..
babai :)

Tuesday, January 15, 2013
Solemnization ~Khadijah & Muhairil~ 12.12.12
salam..okeh,cerita dah basi dalam entry baru..hahaha..boleh la kan..janji ada cerita..untuk kenangan buat anak2 kelak..ceritanya begini..
Tanggal 12.12.12 haritu,my lil' sis (cath) @ khadijah telah pon selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Muhairil ( ayiel ) dengan 2 kali lafaz..heheh *perlu bitau tu..yang ni la last siblings yang menikah..almaklumlah,adik beradik dah tinggal seciput..Allah dah amik dulu adik2 lelaki saya, no 4 dan bongsu mana yang Dia janji pinjamkan sekejap saja *rindu*..adik perempuan saya yag no.2 dah nikah awal november 2012 lepas.. majlis pernikahan berjalan dengan lancar di masjid Ar-Rahmah , Kg Tun Razak, Bukit Katil Melaka..Alhamdulillah..sebagai kakak sulong..ai ni dah macam FM (floor manager) pon ada..apa2 orang refer kat kita..berlari2 kepenatan..huhu..majlis persandingan adalah pada 16.12.2012..nanti i buat entri lain ok..yang ni bebetul ai FM dan alya jadi flower girl..yeayyy :)
marilah lihat gambar..eh lupa nak mention..asben dilantik menjadi photgrapher tak bergaji bagi pasangan pengantin..ciss!huahuahua..
barakallah..semoga sentiasa bahagia hingga ke akhirnya ye cath..love u always..
babai :)

Subscribe to:
Posts (Atom)