Glitter Words

My Friends

Monday, December 31, 2012

2012 dan kenangan

status facebook hari ni (31.12.2012) :
2012~meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis..banyak mengajar erti ketabahan dan mengajar hati untuk redha dalam menerima ketentuan Ilahi.. 
2013~ semoga diberi kesempatan untuk terus mengecap kehidupan ini..bersama yg tersayang, dalam redha Ilahi..

2012 bakal melabuh tirai..bagi saya..2012 banyak mengajar erti ketabahan dalam menempuh realiti kehidupan..paling terkesan bila kehilangan arwah adik bongsu saya dalam kemalangan..rindu yang tak pernah pudar..
namun begitu..ada juga kenangan manis 2012 yang menjadi kenangan..percutian yang super best dan juga dapat adik ipar (2 sekali gus) pertengahan Disember lepas.. rasa lega..semua adik-adik dah kahwin..Alhamdulillah..next year saya share story majlis perkahwinan tu ye..harus share sebab i'm the FM of the wedding!!!hehe

tentang 2013..apa yang diharap..apa yg ditunggu..semoga menjadi kenyataan..amin ya Robb..


Tuesday, December 11, 2012

belajar meredhai..

semalam..saya kehilangan duit..jumlah yang besar..bagi orang yg kecil² macam saya..saya tenangkan hati..dalam² memujuk hati yang sedih dan terkilan..air mata jatuh juga masa nak maklum kat asben tentang kehilangan tu..terbayang pulak kepenatan asben cari duit, ulang alik dari Tangkak - Melaka ke tempat kerja..dapat gaji..bagi kat isteri elaun bulanan..si isteri cuai letak merata..sampai hilang duit tu..hermmm..

hari ini..dalam menanti PPTM datang untuk chek cctv kat ofis ni..saya sedang belajar untuk mendidik dan memujuk hati supaya redha..andainya duit tu bukan rezeki saya lagi..saya perlu redha..cuba beranggapan ini lah ujian kecil dari Allah..mengingatkan saya bahawa segala-galanya adalah milik Dia..rezeki ditangan Nya..andai kata sudah tertulis bukan rezeki saya..dah dalam genggaman pon Dia boleh menarik nya.. dan saya cuba muhasabah diri, ada yang perlu "dibersihkan", pujuk hati lagi ~sigh~

semoga hati saya belajar supaya redha dengan ketentuan Allah.. dan dengan kata² yg saya ambil dari blog² rakan²lain..hati lebih tenang.. :)

"Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki  kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari"

Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15


orang yang beriman..tiada istilah masalah dalam hidupnya..yang ada,hanya cubaan..dan cubaan dari Allah itu, bukanlah dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaian..hidup ini,jangan kusut otak kita yang memang Allah jadikan dah sedikit serabut tu..usaha dan berdoa.. ~petik dari seseorang~

wallahualam..


Friday, December 7, 2012

tidak serapuh gigi ibu..

dear my kids,Aqil & Alya..meh dengar sini..ibu nak bagi nasihat..nasihat hari ni berkenaan dengan pentingnya penjagaan gigi..muahaha 

anak²..dari zaman ibu kecik,ibu sangat tak suka minum susu..euwwwww, ibu kata bila berhadapan dengan susu..dahla tu,semua benda berkaitan dengan sumber kalsium..semua ibu takmo makan..ikan bilis..cheese..sayur²..semua ibu kata 'eiiiiiiii..' heheh..hasilnya??gigi ibu banyak yg rosak..bertampal sana sini..bila time dentist datang sekolah,ibu le antara murid yang paling lama kene 'detim' dengan dentist tu..huwaaaa..

anak²..masalah ibu tak tamat di situ saja..di waktu remaja,ibu jenis yang suka makan manis²..ibu sangat² suka kemam gula²..sangat suka mamah coklat..sebelum tidur ibu mesti nak pekena coklat barang sepapan..mujurlah waktu itu metabolisme ibu sangat baik..pembakaran lemak berlaku dengan cargas..maka ibu tidak mengalami masalah berat badan (diulang ye..SEMASA REMAJA) tapi,satu pulak masalah ibu bertimpa..gigi ibu rosak teruk..bayangkan,ibu kehilangan 2 batang gigi geraham sebelum berkahwin dengan abah..syukurlah abah menerima kekurangan gigi ibu itu tanpa mengurangkan sesen hantaran pon..hakhakhak..kos rawatan gigi ibu masih lah dibawah rm100 dan ibu masih boleh tersenyum dengan cantik kerana gigi yang hilang orang tak nampak..yeayyy..ibu mkn coklat lagi...

anak²..akhirnya..kamu berdua umpama bidadari dan bidadara muncul dalam perut ibu..the best part of my life..hehe..untuk memastikan kamu cukup semua bekalan semasa dalam perut ibu, ibu makan semua yg berkhasiat..ibu pastikan tak culas semua vitamin yg di bekal oleh doc..hehe, cuma..ibu terlupa..ibu ada masalah kalsium..gigi ibu mula reput..sebatang demi sebatang..ibu mula kehilangan gigi..huwaaaaa..bukan salah kamu berdua,salah ibu..yg tak jaga gigi dari kecil lagi..

now..gigi ibu semakin reput..lepas sebatang demi sebatang perlu dibuang..root canal pon tak boleh dilakukan..sedihnya ibu..2 hari lepas..ibu kene buang 2 gigi geraham yang dah mereput..ditambah tampalan beberapa gigi..dan ibu terpaksa tunggu 2 minggu lagi untuk minor surgery lagi 3 batang gigi yang reput.. :(

anak² ku sayang..ye, diusia muda ini...ibu mungkin akan terpaksa menggunakan ehem² ,hehe..malu le ibu nak sebut..ibu nak senyum pon dah tak cantik tau..ehehe..dan paling sakit hati..sekali rawatan pergigian je ibu mampu berhabis rm350-rm400.. sebenarnya tak berapa mampu pon :p tengok tu..amountnya boleh bawak kamu pergi bercuti ke Legoland,sunwaylagoon..etc..tapi tengok la..ibu mu berhabis kat Klinik Pergigian Persoan..hukhukhuk..

akhir kata..untuk mu anak², jaga lah gigi kamu baik²..makan lah sayur-sayuran..susu dan segala sumber kalsium.. kurang kan atau terus elakkan segala yang manis..amik ikut keperluan saja.. selalu la pi jumpa dentist (lepas ni jgn menangis ibu bawa pi jumpa dentist every 6month..ibu takmo korang alami masalah sama ibu) dan yang terkahir.. KENE DENGAR CAKAP IBU DAN ABAH..TAKMO LAWAN TAU, nanti gigi rosak dan rapuh (okeh..yg ni ibu tipu ;p)
semoga anak² ibu membesar dengan sihat dan kuat..dan menjadi anak² soleh dan solehah..

tengok bill ni..kalau ibu cancel pi Legoland tahun ni agak² dimaafkan tak?hehehe


yang pastinya..kasih sayang ibu pada kamu wahai anak²..tidak serapuh gigi ibu..sentiasa kuat dan bercambah dari hari ke sehari..ewahhh..hehe..muahhh

Wednesday, December 5, 2012

Tired or Bored?...

mood hari ni..


rasa nak balik tido..kerja belum siap..huwaaa..



Thursday, November 29, 2012

penatnye..

*entry tidak bergambar*

Penat sangat la dalam 2-3 minggu ni..lepas selesai satu kerja..kene kejar dek kerja lain..bersambung-sambung.. 

kat ofis..
~memula kejar LO (pesanan kerajaan),asik ke OverTime tak tentu masa.. 
~lepas tu kejar pembekal suruh siap kerja 
~dalam masa sama kene kejar LNPT..laporan untuk APC..etc..
~kenaikan pangkat pegawai2 lagi..
~banyak sangat laporan nak buat akhir tahun ni..

kat rumah..
~kejar masa nak tolong adik siap kan doorgift utk majlis bersejarah diorang
~kejar masa nak tolong ayah cat rumah,kemas rumah ayah..
~dalam masa yang sama bawa mama pergi menjemput (org tua2 nak menjemput kene bersua muka..segala sms,panggilan telefon,pm or whatsapp tidak dilayan..heheh)
~weekend pulak asyik bawa adik2 pi beli barang2 yang masih tak cukup2 utk majlis..fitting baju yang tiap2 minggu pon makin longgar (eh..korang tak makan ke hape ek?) pendek kata as AHLONG, byk benda i kene tolong..huhu

sangat le penatnye..errmmm,nak cuti..nak pi tempat yang rileks,macam tepi pantai ke..ahahaha..tapi,memang dah tak dan nak pi bercuti bagai..banyak kerja tak selesai lagi,since persiapan majlis agak lewat kerana kehilangan besar keluarga kami baru2 ni..tunggu lepas majlis angah dan kety nanti..baru plan bawa anak2 ke Legoland(macam bukan tepi pantai je ni) asben ajak terus stay JB la kot..lepak2..huhu..cepat lah semua ni selesai..

p/s: tak jadi ke Semporna..hukhuk.. sebab tarikh kejadian jatuh pada kurang seminggu sebelum adik nikah..tak dan weh ! sedey...

babai..

Tuesday, November 20, 2012

fenomena Durian Crepe

akhirnya..dapat jugak merasa benda ni..tgh fofular sgt okeh..hehe..pepagi sorang opismate jamu kami dgn Durian Crepe dibeli dari kedai berdekatan rumah beliau..kemudian,petang pulak..memang ada order Durian Crepe ni dari kak hawa....fuhhhh..

masa rasa DC sesi pagi my komen :
"aihhh..takle sedap mana..ternyata durian lebih enak dimakan begitu saja..heheh"

masa rasa DC sesi petang beli dari kak hawa..my komen :
"ermmmm..sedapnye..ya ampunn..nape sedap sangat ni... -__-"

konklusinya..DC ni kene pandai buat..kalau jadi pukulannya..korang akan dapat return customer berkali2,terutamanya yg kuat makan macam penulis belog ni..hihi

Durian Crepe..

nampak gebu kan..fuhhhh..


babai :)

Friday, November 16, 2012

nak pergi..tapi keliru..

keliru sungguh dihari jumaat ni tau.. nak pergi ke tak nak..nak pergi ke tak nak.. lawatan ke Sandakan dah bertukar route ke Tawau & Semporna.. SEMPORNA okeh..oh, Pulau Mabul, Pulau Mataking..Pulau Kapalai.. tapi..tapi.. 
1. en asben tak confirm dapat cuti,kang dah beli tiket..burn aje plak (claim tak masuk famili) 

2. bleh je pergi tanpa asben..tapi,geng opis yg 3 org tu semua bawa famili (yg approved pergi lawatan ni 4 org aje dari semua pegawai :p ) dan juga..agak takut nak pergi tanpa asben,sebab dah dekat dgn filipina tu!

dan yang paling sadis..

3. kalau pergi..tak dapat bawa anak2 tau atas sbb tak dapat dielakkan..kesian diorang..kira hanimun la kunun.. (takpe,dah janji dgn anak2..nanti ibu ganti pi legoland lepas majlis makngah & maklang.. )

tapi..en.asben ni tak bagi green lite yg bebetul green lite..huwaaaa..mybe sebab pi sana belanja agak besar la kot??hukhuk.. sungguh keliru ni..


Mabul Island
ermmmmm...aduhai..byk sungguh kekeliruan..hehe..tapi kalau jadi pergi, i'll update later okeh..babai :)


Wednesday, November 7, 2012

Melaka Wildlife Theatre Park

Sabtu lepas(03/11/12)..asben bawa kami sekeluarga ke Melaka Wildlife Theatre Park..guna kupon beli 1 tiket percuma 1 tiket..Wildlife Theatre Park ni terletak kat Pulau Melaka..alah,kalau susah nak cari..korang jalan je menuju Melaka Raya..compom jumpa la Pulau Melaka tu..Tempat ni agak seronok juga lah..sebab ada persembahan binatang² dan orang asli (ke hape ke..tak pasti)..kalau korang nak pergi..jangan main redah je tau..kat sana ada timing buat persembahan..kalau datang bukan timing tu,berjanggut lah tunggu..kat situ bukan macam zoo ke,yang korang bleh pi jengah haiwan² ni ke..tempat ni memang totally   tunjuk persembahan sahaja..paham!okeh,bagus dah paham.. :p

Persembahan paling seronok adalah masa singa laut buat show..memang sangat² terhibur..kalau penonton tak ramai(most of the time tak ramai pon :p)korang bleh request nak amik gambar dgn each haiwan yg ada kat situ..tapi kalau ramai orang,permintaan tidak di layan ye..err,atau option bayar rm10 dan amik gambar beramai2 dgn haiwan² tersebut..hehe :p

bayaran tiket dikenakan :
Dewasa RM20 (weekend/PH)
Kanak² EM15 (weekend /PH)
*waktu show 10.30am , 3.00pm dan 7.30pm; seriously, kalau takde kupon beli satu percuma satu ni,mahal la tiket masuk park ni :p (semua pon aku rasa mahal)

jom tgk pic sesikit :)
  

dari Sabah ni..pembuka show

dah lupa nama burung ni

singa laut yg menghiburkan
Aksi singa laut
:)
asben di kiss oleh ehem..
taraaaa..hehe..riak wajah takut boleh buat anda nampak berisi okeh! :p
anak² suka sangat tengok show ni..so len kali boleh la pegi lagi..haha..tapi dah takmo amik gambar dgn shanti seberat 30kg itu! babai :)

Tuesday, November 6, 2012

sebab sayang tu lah..kata Alya..

situasi dalam kereta waktu penerangan tentang sayang Allah pada anak².. 

alya : ibu..Awwah *Allah sayang ocu eh? 
ibu   : ye..sayang.. 
alya : ibu..ocu pon sayang Awwah *Allah eh? 
ibu   : ye sayang.. 
alya : oh..patut la Awwah *Allah panggil ocu 'balik' cepat² ocu balik..ocu tak balik umah atok lagi..sebab sayang tu lah... 
ibu   : :'(

pandai anak dara ibu,baru je explain pasal kasih sayang Allah pada manusia..dia dah apply kan pada situasi yg kami hadapi dan realiti kehidupan.. ibu bangga tau..alya buat ibu senyum dan cepat² lap airmata :)

anak dara yang sangat sweet :)

Monday, November 5, 2012

Kelebihan surah Yaasiin

sebelum ni..saya baca yassin seminggu sekali je..kadang² paling teruk perangai,2minggu sekali baru terhegeh² nak baca,dah la kadang²..baca gitu² aje,saya tak tengok langsung tafsirannya..ruginya kan..tapi,sejak dak adik meninggal 42 hari yang lepas..saya sangat kerap baca yassin..untuk dihadiahkan buat arwah adik² yang amat dsayang..drindu..yang manisnya,saya mula membaca surah² dengan tafsirannya..ye,saya nak paham apa yang saya baca..dan banyak betul manfaat saya pelajari,tengok..cantiknya perancangan Allah,Dia ambil orang yg saya sayang untuk buka mata pada benda saya abai selama ni..Alhamdulillah..

okeh..ni bukan point penulisan hari ni(tak juga nak berlagak ke hape)..hari ni saya nak share kelebihan² ayat² dalam surah yassin..andai digunakan dengan betul,insyaAllah..banyak manfaatnya.. :)

~Ayat 1 - 9: Untuk keselamatan diri.
~Ayat 9 : melindungi rumah kediaman dari pencuri - bacalah ayat ini dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ayat ini juga diusahakan untuk melindungi diri dari dianiaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa masuk tidur - bacalah Ayat 9 ini dan diikuti dengan Al-Fatihah dan 3 kul. 
A009

 ~Ayat 12: Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap agar ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.  
A012  
~Ayat 13 - 35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.  
~ Ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah dan memohon Allah memberikan hidayah kepada anak. 
~Ayat 29: "In kanat illa...." - Untuk digunakan jika kita merasakan ada orang yang berniat untuk menfitnah atau aniaya kita. Selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut secara isyarat. Juga boleh diusahakan untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk dan tidak menyenangkan kepada anda.   
~Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. di syurga nanti (ayat ini harus sentiasa berada dihati dan diamalkan). 
A030
~Ayat 32 :Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi lebih baik. Caranya: Ingatkan bahawa segalanya datang adalah dari Allah s.w.t, bahawa kita adalah umat Muhammad dan kita adalah orang Islam dll.

~ Ayat 33 - 35: Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan hidup subur.
~Ayat 36 : "subhanallazi.." - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Bagi tujuan untuk cari jodoh baca ayat ini dan tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada setiap pagi sebelum keluar rumah.
~Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - meningkatkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.    

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. 
~Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
~Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. menaiki kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan. 
~Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
~Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t. 

~Ayat 49 - Menceritakan tentang hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama berlaku secara tiba-tiba. Diikuti dengan tiupan kedua yang memusnah dan menghancurkan dunia. Kemudian datang tiupan ketiga di mana semua manusia di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar. 
~Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
~Ayat 58 - "Salamun..." - Merupakan salam daripada Allah. Ayat ini boleh diusahakan untuk mengubati sakit kepala, dengan membaca dan menyapukan ke kepala. Diulangi sebanyak 3x.  Jika sakit anggota atau tidak tenang hati, maka bacalah 7x dan gosokkan pada tempat yang sakit atau di hati.   

A058

~Ayat 39 - Mengisahkan tentang ilmu falak, di mana bulan dan matahari juga sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
~Ayat 76 "Falayahzun.." - Dijadikan amalan. Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.  Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa sambil mengurut dada, bacalah ayat tersebut.   
A076
~Ayat 78 - 79 dari - "Yuhyil Wahiya..." - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang patah/ sakit tulang, sakit sendi, sakit lutut dan badan, untuk dijadikan doa bermula daripada ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"
~Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." 
~Ayat 82"Innama amruhu.." - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari - boleh dijadikan sebagai penawar. Jika air habis ulangi bacaan tersebut sehingga 40 hari. 
A082
Caranya: 
*   Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut; 
*   Baca ayat 82 pada air 100x;
*   kemudian berdoa apa sahaja hajat yang baik-baik sahaja.

Jika mandul dan untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan. Caranya:
•   Solat tahjud
•   Sembahyolat hajat
•   Doa minta hajat
•   Baca ayat 100 x dengan yakin
•   Amalkan 41 malam 

Untuk menyembuh penyakit dalam badan
•   Amalan solat seperti di atas
•   Bila baca ayat, tiup dalam air
•   Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan/ minum benda lain
•   Doa sambil minum
•   Untuk 41 pagi

Fadilat-fadilat lain adalah:

1.    Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. Sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu, sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikit pun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.

2.   Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.

3.   Barang siapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.

4.   Barang siapa membaca Surah Yasin di waktu pagi maka ia akan berada dalam kegembiraan hingga petang dan siapa membacanya di waktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.

5.   Barang siapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.

6.   Apabila orang lapar membaca Surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.

7.   Jika seseorang itu belum kahwin maka akan dipermudahkan jodohnya.

8.   Apabila seseorang yang sedang berada di dalam ketakutan membaca Surah Yasin maka akan hilanglah perasaan takutnya.

9.   Jika seseorang musafir membaca surah Yasin, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

10.  Jika seseorang yang sesat lalu membaca surah Yasn, maka dipermudahkan tempat yang ingin ditujunya.

11.  Jika dibaca surah yasin kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksa si mati.

Jika orang yang sedang dahaga lalu membaca surah Yasin, akan hilang sasa hausnya.

12.  Jika dibacakan surah Yasin kepada orang yang sedang sakit, akan terhindar dirinya daripada penyakit.

13.  Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah Malaikat Maut. mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya, alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14.  Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jumaat, Dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan surah Tabaroka pada rakaat kedua, Allah jadikan setiap setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya

15.  Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)

16.  Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

17.  Dibaca ketika orang sakit, sedang nazak atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama pada ayat 12) agar orang yang sedang sakit berada dalam ketenangan dan kepada orang yang masih hidup mendapat keinsafan bahawa kita akan menyusul pada bila-bila masa.

Surah Yassin juga elok dibaca:

-  Selepas sembahyang subuh
-  3 pagi Jumaat berturut-turut
-  Ayat 1 - Yassin baca 7x
-  Ayat 38 - 12x
-  Ayat 58 - 7x
-  Ayat 82 - 14x
-  Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
-  Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
-  Perlu yakin, insya-Allah dengan berkat Allah ianya termakbul.

Dalam YASSIN merangkum:

• Ilmu Pertanian
• Ilmu Falak
• Ilmu Laut
• Ilmu Kiamat
• Ilmu Ciptaan Manusia
• Ilmu Binatang
• Ilmu Kenabian

**saya dapat ilmu diatas semasa gugel fadilat surah yassin(thanks to all the bloggers) semoga dapat manfaat sesama ye kengkawan..wasalam :)



Wednesday, October 31, 2012

Bukit Bendera, Pulau Pinang

masa pergi Pulau Pinang haritu,asben bawa kami sefamili naik Bukit Bendera..first time la naik..macam orang gayat jugak la kami..hehehe.harga tiket rm17 (2D 1K) tu harga untuk orang Malaysia yang ada Mykad,kene ada MYkad ok..kalau tak,rege jadi rm30/head..haha..
keretapi kabel (tak silap la namanya) tu kemain laju..tak sempat nak menikmati pemandangan..haha..perjalanan naik turun tu tak sampai setengah jam pon..cuma kami duduk lama atas Bukit Bendera tu..dalam 2 jam..siap naik buggy car (rm30/car,perjalanan dalam 20 minit ) yang ada disediakan kat atas bukit tu..yang bawa kami anak jati pulau pinang, uncle tu sangat la baik..dan memang ramah tamah..semua tempat dia tunjuk..semua banglo dia bitau sape owner..hehe..
Pemandangan kat atas Bukit Bendera memang cantik la..nampak se pulau tu..huhu..anak² pon suka sangat..diorang apa pon suka..janji berjalan..hehe..okeh..jom tengok gambar yang ada sikit² ni..





suka sangat dengan pic ni :)








ermmm..banyak lagi pic ada amik,tapi malas betul la nak upload..cukuplah takat ni kan..nanati kalau rajin akan dikongsi gambar kat Batu Feringgi ok..harap² rajin la.. :)

Sunday, October 28, 2012

Happy Birthday abang.

27.10.2012,ulang tahun kelahiran suami tersayang..

happy birthday abang..semoga abang sentiasa sihat,kuat dan encem :)
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
semoga sentiasa dilindungi Allah dan dilimpahi rahmatNya selalu..
semoga keluarga kita dirahmati Allah dalam pimpinanmu sayang..
amin ya Rob..
sayang abang sangat-sangat-sangat :) 


a gift from kakak alya,adik aqil and ibu :)

Alhamdulillah, semakin hari perasaan semakin ok..walaupon rindu masih bertandang dihati..al-fatihah buat arwah adik2 ku..


Monday, October 22, 2012

entry untuk adik ~alfatihah~

hari ni..22/10/2012,genap adik berumur 24 tahun,andai dia masih hidup..ye,hari ni..birthday arwah adik lelaki bongsu saya..yg terlibat dalam kemalangan 28 hari yang lepas..
dari malam tadi..susah untuk digambar kan perasaan ni..arwah yang cukup manja dengan kami..yang cukup suka bergurau..percaya atau tidak..dia berani sentuh perut saya sewaktu mengandung sebab nak rasa baby bergerak..begitulah manjanya dia..
setiap tahun dihari jadi dia..hanya satu permintaan dia.."along..nak kek batik"............................nangis :'((
tahun ni..hanya bacaan surah yasin dan doa dihadiahkan buat adik..ikhlas dari hati seorang along yang garang,suka membebel,tak sporting langsung..tapi sangat menyanyangimu..
alfatihah..semoga rohmu dicucuri rahmat..sayang :'((

Friday, October 19, 2012

JALAN² CARI MAKAN PULAU PINANG

salam semua..last week, kami se famili ke Pulau Pinang..mula² memang rasa tak mau pergi..takde mood nak berjalan..atas desakan asben + tiket flight dah beli awal..kami pergi jugak la..asben kata,nak hiburkan hati isteri dia yang asik bermurung..mana adaaaa..penat la sayang..cuma penat..dan merindui arwah....................
kami menginap kat PP Island Hotel, hotel biasa² je..tapi selesa la..motif utama ke Pulau Pinang adalah jalan² cari makan..tapi sebab kemurungan,asben ubah kepada misi menceriakan keluarga..boleh?boleh la kannn..tak pergi mana sangat pon..cuma round² sepulau je..cuma terkilan sebab terlupa nak makan durian balik pulau..ciss!camna ntah bleh terlupa..padahal dah sampai sana pon..sibuk cari "laksa pokok janggus" terlupa nak pi makan duliann..hehh **laksa tu tak se power "laksa power kat Pulau Langkawi" !
makan²kat Penang memang best la..cumanya,saya ni orang melaka..rasa macam kat melaka punya makanan lagi terbaekkk kot..hehh?? tapi i love pasemboq so much!!sedap sangat..lain² ok je.. tapi dalam keadaan masih berkabung..makan abis gak apa yg terhidang depan mata..huh??
antara tempat makan yg kami cuba
#Roti Canai Transfer Road
#Laksa Pokok Jangguihhh *Janggus
#Pasemboq Padang Kota
#Sotong Bakar Padang Kota
#Nasi Beriani Hamediyah 
#Cendol kat Chowrasta Market..

tu diaa..punya mencarik makan..huh!!oklah..time yg paling ditunggu..tengok gambar jom..

makan sebelum naik kapal
nice view

PP Island Hotel
depa inspection jap..

Laksa pokok jangguihh..
roti bakar transfer road..


pasemboq weh!
nanti kita stori pasal Bukit Bendera okeh..babai..