dear my kids,Aqil & Alya..meh dengar sini..ibu nak bagi nasihat..nasihat hari ni berkenaan dengan pentingnya penjagaan gigi..muahaha
anak²..dari zaman ibu kecik,ibu sangat tak suka minum susu..euwwwww, ibu kata bila berhadapan dengan susu..dahla tu,semua benda berkaitan dengan sumber kalsium..semua ibu takmo makan..ikan bilis..cheese..sayur²..semua ibu kata 'eiiiiiiii..' heheh..hasilnya??gigi ibu banyak yg rosak..bertampal sana sini..bila time dentist datang sekolah,ibu le antara murid yang paling lama kene 'detim' dengan dentist tu..huwaaaa..
anak²..masalah ibu tak tamat di situ saja..di waktu remaja,ibu jenis yang suka makan manis²..ibu sangat² suka kemam gula²..sangat suka mamah coklat..sebelum tidur ibu mesti nak pekena coklat barang sepapan..mujurlah waktu itu metabolisme ibu sangat baik..pembakaran lemak berlaku dengan cargas..maka ibu tidak mengalami masalah berat badan (diulang ye..SEMASA REMAJA) tapi,satu pulak masalah ibu bertimpa..gigi ibu rosak teruk..bayangkan,ibu kehilangan 2 batang gigi geraham sebelum berkahwin dengan abah..syukurlah abah menerima kekurangan gigi ibu itu tanpa mengurangkan sesen hantaran pon..hakhakhak..kos rawatan gigi ibu masih lah dibawah rm100 dan ibu masih boleh tersenyum dengan cantik kerana gigi yang hilang orang tak nampak..yeayyy..ibu mkn coklat lagi...
anak²..akhirnya..kamu berdua umpama bidadari dan bidadara muncul dalam perut ibu..the best part of my life..hehe..untuk memastikan kamu cukup semua bekalan semasa dalam perut ibu, ibu makan semua yg berkhasiat..ibu pastikan tak culas semua vitamin yg di bekal oleh doc..hehe, cuma..ibu terlupa..ibu ada masalah kalsium..gigi ibu mula reput..sebatang demi sebatang..ibu mula kehilangan gigi..huwaaaaa..bukan salah kamu berdua,salah ibu..yg tak jaga gigi dari kecil lagi..
now..gigi ibu semakin reput..lepas sebatang demi sebatang perlu dibuang..root canal pon tak boleh dilakukan..sedihnya ibu..2 hari lepas..ibu kene buang 2 gigi geraham yang dah mereput..ditambah tampalan beberapa gigi..dan ibu terpaksa tunggu 2 minggu lagi untuk minor surgery lagi 3 batang gigi yang reput.. :(
anak² ku sayang..ye, diusia muda ini...ibu mungkin akan terpaksa menggunakan ehem² ,hehe..malu le ibu nak sebut..ibu nak senyum pon dah tak cantik tau..ehehe..dan paling sakit hati..sekali rawatan pergigian je ibu mampu berhabis rm350-rm400.. sebenarnya tak berapa mampu pon :p tengok tu..amountnya boleh bawak kamu pergi bercuti ke Legoland,sunwaylagoon..etc..tapi tengok la..ibu mu berhabis kat Klinik Pergigian Persoan..hukhukhuk..
akhir kata..untuk mu anak², jaga lah gigi kamu baik²..makan lah sayur-sayuran..susu dan segala sumber kalsium.. kurang kan atau terus elakkan segala yang manis..amik ikut keperluan saja.. selalu la pi jumpa dentist (lepas ni jgn menangis ibu bawa pi jumpa dentist every 6month..ibu takmo korang alami masalah sama ibu) dan yang terkahir.. KENE DENGAR CAKAP IBU DAN ABAH..TAKMO LAWAN TAU, nanti gigi rosak dan rapuh (okeh..yg ni ibu tipu ;p)
semoga anak² ibu membesar dengan sihat dan kuat..dan menjadi anak² soleh dan solehah..
No comments:
Post a Comment