Glitter Words

My Friends

Friday, September 28, 2012

Al Fatihah buat adik tersayang..Mohd Shahir b. Mohd

assalamualaikum..tanggal 25.09.2012,keluarga kecil sy diduga dengan dugaan yg hebat..adik bongsu lelaki kami telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..pergi menemui Kekasih abadi..tanpa pesan..tanpa tanda..beliau terlibat dalam kemalangan di Gua Tempurung, Perak..hanya jasad yg telah tidak bernyawa menanti kami setibanya kami di Hospital Kampar..Allahuakbar!!!berat dan pedih dugaanmu pada kami ya Allah..

Adik..tak terkata sedihnya hati ini menerima khabar pemergianmu..seakan tak percaya kita tak dapat bertemu lagi..luruh hati bila melihat jasadmu yg terbujur kaku saat hendak dimandikan..meruntun jiwa bila lihat semua luka-luka di seluruh wajah dan kaki mu..rasa tak sanggup nak menyentuhnya kerana along seakan dapat rasa kesakitan itu.. 
Adik..along sedang menangis..berfikir..siapa lagi yang hendak along bebelkan..siapa yang nak along risaukan..pada siapa along nak minta tolong perkara-perkara remeh yang hanya kamu rajin melayan..dan alya dan Aqil hilang ocu tempat mereka bermanja,bergurau..ya Allah,kesedihan ini amat pedih :'(

Kadang-kadang,syaitan merasuk saya untuk persoalkan qada dan qadar Allah..mengapa kedua-dua adik lelaki saya di ambil seperti ini..tak kesian kah Dia pada keluarga kami?adik lelaki saya yg pertama meninggal kerana kemalangan juga 8 tahun lepas..dan sekarang,satu-satunya adik lelaki saya yang tinggal jua pergi kerana kemalangan..Astaghfirullahalazim,siapalah kita nak persoalkan qada dan qadar Allah..astaghfirullahalazim..."aku berlindung dari syaitan yang direjam..ampunkan daku ya Allah" 

"Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Ta'ala."

semoga roh adik yang tersayang dicucuri rahmat dan  ditempat dikalangan orang-orang yang beriman..al fatihah..
Mohd Shahir bin Mohd ~22.10.1988 - 25.09.2012~

2 comments:

Hedza Azwin said...

Sedih mbaca ny..kita sbagai mnusia tak lri dr semua 2..mmg kte akan trse khilangan klu org yg kte syg pergi tnglkan kte.. insyallah~~ape yg blaku ade hikmahnye.. smoga sahabatku ini pergi di terima ditempat org2x yg briman..insyallah~~ allah lbh mnyanyangi dia...al fatihah~~

Ibu_fauzaNazifa said...

assalam...
takziah utk awak n family
sy dapat rasakan erti kehilangan tu sbb sy juga pernah rasa setahun yang lepas...
adik sy meninggal akibat lemas di sungai 26/09/2011...
moga awak n family tabah n redha dengan dugaan ni
insyaALLAH ada hikmah yg kita x nmpk
sentiasa doakan moga roh arwah tenang di sana...
al fatihah