My Friends

Tuesday, November 19, 2013

MELAKA BIRD PARK

olaa..ai suka nak share my experience pergi ke Melaka Bird Park baru-baru ni..yerla, manatau ada yg nak review kan untuk aktiviti melancong ke Melaka..so korang ada la idea sikit nak bawak kiddos pergi melawat tempat2 yg fun..hihi..

tapi this park bukan lah my first choice nak suruh uols masuk kalau datang Melaka yer..yang harus masuk tentulah: zoo melaka, taman buaya, taman rama-rama. kalau yg nak amik pic cantik2 harus pergi bangunan merah,bangunan A-Famosa, Bukit Senjuang..dan kalau bab makan2 pulak, harus cuba Asam Pedas Hjh Mona, Asam Pedas Claypot, Medan Ikan Bakar Crystal Bay (murah dan sedap) (nanti nak buat entry review makan-makan melaka la pulak...huahuahua) memalam wajib naik River Cruise Sg. Melaka okeh! hehe ..

okeh..berbalik pada Bird Park, Melaka.. ai dapat kupon untuk tiket beli satu percuma satu, so bawa la anak-anak dan adik kecik pergi sana..lokasi terletak betul-betul belaka Melaka Wonderland..for me, park ni okeh2 saja..biasa2 saja..pasal belum habis siap..burung-burung pon belum jinak..semua bertempiaran lari..huhu..nak bagi makan pun tak boleh..tempat tak crowded..so kalau saja nak santai ok la..burung banyak dok sembunyi..puasla kiddos paksa keluar :p banyak juga disediakan tempat berteduh..nak naik ke bahagian atas tu ada lift..bahagian atas tu macamana?korang tgk tak jurassic park yg dalam sangkar burung tu..lebih kurang macamtu la..tapi takla besar macam dalam pilem tu..haha..

harga tiket? ni harga pengenalan..harga park belum siap..kalau dah official nanti tatau la :
Dewasa = rm25
kanak2 = rm10

sila layan gambar2 dibawah ni okeh













okeh..takat ni aje..babai :)

Saturday, November 16, 2013

Gold Coast Morib, dah tak best!

weekend lepas(10/11/2013-11/11/2013)..asben bawak kami sekeluarga ke Gold Coast, Morib..sempena my birhtday, ehemmm..dan alang-alang nak plan jalan-jalan dengan my siblings..kitorang siap tempah bilak untuk my mom dan my grandmom..saja nak bawa depa rehat-rehat kat resort tu..so, automatik percutian tersebut jadilah family day kecil untuk kami sekeluarga..huhu..

last year ai pernah pergi Gold Coast, Morib ni..memang puji melambung la kat resort ni..baca sini..tapi kali kedua datang sini..i'm really dissapointed dengan servis, dengan room servis dan dengan bilik yg depa bagi..alahai, mybe ai tak luck on that day..maybe..hurmmm.. 
first of all..kami kene cek in on 3pm..okeh it is normal..tapi bila naik bilk..langsuing tak kemas lagi..sepah!!!!budak room servis masih sibuk buat bilik hujunggg yg belum cek in! kami kene tunggu almost 2 hours untuk bilik siap..maknanya, kami dapat la tengok segala kekotoran yg berlaku dalam bilik sebelum dikemas kan..dan itu mmg dah spoiled our mood..euwwww..sebagai balasan, pihak resort bagi kami cek out lambat sejam esoknya..hermmm..ai faham maybe sekarang pihak resort dapat banyak tempahan due to all the promotion at groupon, mydeal..etc..tapi tak boleh la take for granted..customer first kan.. 
2nd problem.. kami tak lena tidur..coz ada satu bilik sebelah tu pintunya tak boleh ditutup..so berdentam-dentum malam hari..lagi haru bila malam tu hujan ribut..kecian pada my niece umur 2bulan dan my grandmom yg dah 78thn! pihak pengurusan hotel, please la do something..kalau takde penghuni dalam bilik tu..pls make sure bilik tu tertutup rapat..walopon ada "history" or something kat bilik tu..pls!
3rd problem..yup i hadapi masalah bau busuk tu..tapi budak2 room servis tolong semburkan pewangi dalam bilik i..sekejap je hilangla..lepas tu bau balik..tp tu kitorang boleh handle lagi..dari masalah ke 2 tadi.. 

btw..the pool @ theme park..my kids really enjoy it..masih la ai rasa ada keseronokan despite all the problems we had..

that's all..untuk pergi lagi Gold Coast, Morib..i need to think 1000 times kot..huhu..sorry..tapi masih nak tunjuk gambar my happy kids..hehe





mia belajar berenang







p/s: happy belated birthday to me..Age is just a number and mine is unlisted! hahaha..

babai..

Friday, November 8, 2013

Happy Birthday Husband..

Birthday en.asben on 27/10/2013 lepas..baru sekarang nak buat entry..huhu..sibuk sangat and internet kat opis probs..sempena bithday asben..ai kena kerja kat P.Pinang..weekend tuu, mencik betul!..lantas, dengan segala kudrat yang ada..ai pujuk asben untuk ikut sekali dan hangkut anak-anak sekali..hehe..maka berkampung la kami di P.Pinang dari 25/10/2013 sehingga 27/10/2013..anak-anak happy, asben pon sama..

Macam biasalah..kat P.Pinang apa yang best? makan-makan la kannn..hihi, actually last year kami dah ke P.Pinang untuk bercuti, refer sini dan sini..tahun ni jejak lagi, alhamdulillah rezeki..kali ni kitorg menginap di Naza Talyya , Tg Bungah..saje nak duduk tepi laut..feeling-feeling lomantik..haha..sgt affordable berbanding hotel2 sekitar laut tu..bilik pon ok..breakfast biasa je..and bonus ada swimming pool..yeayyyy!

Dalam-dalam kerja tu..kami singgah juga jenjalan kat Bukit Bendera (wajib la kalau dtg Penang kan) singgah Padang Kota Lama makan Pasembuq..haha, singgah ke Night Market Batu Feringgi..okeh, yg ni tahun lepas tak pergi..and memang best!hihi..kaki shopping kan!!harus la best..and for the first time dapat lalu P.Pinang Bridge..cantik sangat! insyaAllah ada rezeki kami sampai lagi P.Pinang..


my man.. :p








to my darling asben..
Dear husband..once in a while..right in the middle of an ordinary life..live give us a fairytale, and my happy ending fairytale is you..I love you, truly, madly, deeply do..happy birthday..may all the happiness be yours..


babai :)

Monday, September 30, 2013

PERCUTIAN KE MEDAN, DANAU TOBA, BARASTAGI - Day 3

Entry percutian ke Medan terhenti pasal ai is sangat sibuk..huhu..yang ni last entry tentang Medan..yerla, kot ada nak refer sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. kannnnn :)

Malam terakhir di Medan, kitorang menginap di Hotel Madani..lebih kurang 3-4 bintang..antara hotel yg ada nama di Medan la..servis ok..hotel ok..dan yang paling best..Hotel ni berkonsep Islamik..hebat kan?ala-ala hotel yg ku stay masa pi jalan-jalan kat Kelantan beberapa bulan lepas..tapi yang tak bestnya..lift kat hotel ni..perlukan kad bilik memasing kalau nak bergerak..okeh macamni..katalah bilik ai 548, tingkat 5..nak naik tingkat 5..ai kene cucuk kad bilik i kat ruang yg disediakan dalam lift..kalau tak, lift tak bergerak..heheh..dan perlu minta bantuan bell boy kalau takde kad.. *depa will ask..nak pergi bilik siapa diatas...and ai seriously rasa depa nak kontrol kes call girl kot..muahaha..and one more thing, ai tak lena tidur di Hotel ni, pasal bunyi hon masih kedengaran sampai la ke Subuh..adehhh..

Seawal jam 9.00pg kami dah cek out, lepas breakfast kat hotel (makan ok la..sedap jugakla..) Pak roy dah tunggu kami jam 7.30pg lagi..cian Pak Roy, setia sungguh..hehe, kami dibawa ke Istana Maimon..kalau korang nak tau, Istana ni masih di huni kerabat-kerabat Sultan tau..malah Sultan dia pon ada balik (dia baru 7years tak silap..) tapi oleh kerana di sana Sultan dah takde kuasa..so mereka pon bekerja macam biasa..hidup macam orang biasa..tak macam kat Malaysia ni..semua nak ngaku kerabat :p
sampai kat Istana Maimon..ada sorang pakcik tetiba explain kat kami pasal Istana tu, pasal sejarah-sejarah sultan Medan..kami dengar je lah..ending, macam biasa..dia minta "sumbangan" ikhlas, hehe..kami bg la 10 ribu rupiah..hadoiii..

hari terakhir di Medan, selain ke Istana Maimon, sememangnya diperuntukkan untuk proses membeli belah..hehe.. Pak Roy bawa kami ke kedai menjual telekung, beberapa buah kedai lagi dan shopping complex "Matahari", ai and husband memang dah letak target kami datang ke Medan untuk enjoy the view..tengok negara orang..so, memang tak beli apa sangat la..kek "bika ambon" yang glamour tu pon kami order je dengan pak Roy malam tu..sebelum ke airport pok Roy singgah pickup kek kami..hahahah..punya la malas :p 
*exceli ai ada beli kasut sepasang kat Matahari..haha..kasut kulit dgn harga rm40/pair..tak ke murah!!!hahaha..

Lepas makan tengahari, kitorang terus gerak nak ke airport..dari Medan ke Kuala Namu Airport lebih kurang 1 jam 30 min..sampai airport kami tak risau apa, semua Pak Roy urus..sampai ke titisan peluh terkahir kata Pak Roy..haha, dia check in kan..dia check in lugage..urusan kastam dan sebagainya..sehingga kami masuk ke gate pelepasan..Thanks Pak Roy *ini saya bagi 5 bintang! *korang kene hati2 dengan semua jenis ulat2 beg kat sana..kami tak dibenar turun dari kenderaan dan bawa beg oleh Pak Roy selagi dia tak dtg bawa troli beg pada kami..sampai macamtu sekali..tapi tak ramai sangat la ulat tu, sebab airport baru..hihi

Pesan Pak Roy, kalau nak hand carry barang tu jgn terlampau banyak..nanti kene denda dek kastam sana(selain airport tax tu)..kami tak shopping sangat, so takde la byk barang..hihi..Sampai di Malaysia lebih kurang jam 7.00pm..terus nak carik makan pasal rindu makanan Malaysia..hahaha *dasar! tapi masa tunggu nak pickup beg, sempat la ai grab si Elizbeth Garden yg berharga RM100/ btl..huwaaa..tak ke murah..huhu..sampai kat Nilai, jumpa kedai makan..kami makan sampai tak hingat..balik Melaka, jumpa lagi kedai Makan..eh makan lagi..muahaha..

okeh korang..cukupla entry pasal Medan ni..kalau ada sesapa nak pergi Medan, boleh la contact Pak Roy(00628126567621), dia ada whats app u! senang nak contact.. hahah! kat sana, sape2 mintak tips..korang bagi la dalam 10 ribu @ 20 ribu rupiah je : cth bell boy hotel, tukang karut yg tetiba menyempi bagi penerangan yg takde keperluan :p ..tapi kalau tips untuk Supir, korang bagilah seikhlas hati..RM30 ke RM40 ke..RM50 ke.........ikut keihklasan...

sebelum ditamatkan entri ini..macam biasa..jom tengok gambar :)
hotel Madani
@ Istana Maimon

Little Bandung
:0
Kota Medan
Okies..Babai :)

Friday, September 13, 2013

PERCUTIAN KE MEDAN, DANAU TOBA, BARASTAGI - Day 2

Okeh, kita sambung balik cerita Medan..Hari kedua kat Danau Toba, kami kene berkumpul seawal 7 a.m di cafe Danau Toba Cottage Inn..ai ngantuk pasal tak bape lena tido, bukan sebab ada bendasing ke hape..tapi pasal sejuk sangat..gagau cari remote econ, baru teringat takde econ dalam itu bilik..hihi..pastu kan, kat Danau Toba Cottage Inn tu..ada waktu nye air panas kat bilik air tau..masa kitorg sampai malam tu, takde air panas..sejuk beku badan kene air..hihi..

so lepas breakfast, kitorg naik feri (they called it TUK TUK) untuk ke Pulau Samosir, yg lebih spesifiknya kami ke Perkampungan Tomok..dimana terletaknya Makam raja-raja lama bagi perkampungan tersebut, sampai kat perkampungan tu, pak Adi terus bawa kitorg ke kawasan perkuburan tu..masa sampai di perkuburan Raja Ompu Tolu Sidabutar ini kitorg disuruh menyelepangkan kain ulos di bahu dan harus mengucapkan "horas" di situ, sebagai tanda kami diterima di situ. ai and famili jerit jugak la "HORAS" sambil gelak-gelak..huhu..pak Adi mula la menceritakan sejarah Raja Ompu Tolu Sidabutar dan anaknya serta awek pada anaknya..muahaha..ai dengar2 ayam je lah sejarah tu..aqil iman syok tido..yg excited dengar ialah en.asben,ntah pasal..huhu..Setelah selesai mendengar cerita ringkas ini, kitorg kena pulangkan ulos itu kepada tuan yang empunyanya, tetapi tuan empunya itu meminta duit *derma sebelum pulangkan ulos tu..aikk, tadinya engko cakap FOC..tetiba ko minta derma..haha,so kitorg share sorang sikit masuk tabung tu..muka pakcik tu tak puas hati dapat 40ribu rupiah..adehdehdeh..tapi kitorg buat tatau je..

bershopping di perkampungan tomok adalah amat mencabar bila korang menjadi antara pelancong pertama sampai disana..semua mohon korang beli satu dua barang untuk permulaan bisnes diorang "pecah telur" tapi diorang okeh, takde pulak paksa2 sampai ugut2 macam ai baca dalam blog..semua pujuk dengan kasih sayang..harga pon ok je..tak murah..tak mahal sangat..ok2 saje..cuma biasalah taktik peniaga, tipu2 harga sikit sebab matawang tak sama..diorg buat kita keliru,sebab tu kene buat list tukaran matawang utk senang nak refer..ai ada lah beli sikit2 buat cenderamata untuk kawan2 opis..sikit2 sudah..hihi *tips sebut Horas setiap kali nak shopping..depa suka!!

lepas tu, perjalanan kitorg diteruskan ke Barastagi..kata Pak Adi perjalanan ambil masa lebih kurang 7jam dengan singgah di beberapa tempat..perjalanan tu lalu kawasan yang sempit dan agak bahaya *macam jalan Tapah, Cameron highland*..Sepanjang perjalanan..ai macam takmo lelap mata langsung..teruja dengan pemandangan sekitar..indah sungguh ciptaan Allah..banyak tempat yang depa tak usik lagi..korang rasa macam kat sebuah negara beriklim sejuk yg penuh dengan kehijauan *amboi melampau bahasa :p
Kami singgah di kawasan yang di namakan simarjanjung (betul ke eja camni..) konon nak minum teh halia dan goreng pisang..errr, bukan selera tekak en.asben yang Cuma minum seteguk je teh halia tu..haha..goreng pisang dia ok la..cuma harga tu 2500r rupiah sekeping, bersamaan rm0.80..gile tak mahal..haha..

Kemudian kitorang teruskan lagi perjalanan, ke kawasan Air terjun Sipiso-piso..bila sampai disana..sumpah kitorang terpaku, memang cantik..Subhanallah, korang akan rasa macam tengok lukisan tapi LIVE! Cantik sangat-sangat..tak tau lah nak cakap macamana..asikk le kitorang ambil gambar..tapi kitorang tak turun hingga ke kawasan air terjun sebab bawa ramai budak..jalannya agak bahaya..ambil gambar dari atas je..korang tengok la sendiri cantik ke tidak..huhu..kitorang lepak kat situ dalam 1jam kot..cantik..cantik..!

Seterusnya, kami ke Barastagi.. dari kawasan air terjun Sipiso-piso ambil masa dalam 1 jam ke Barastagi..Samapai kat Barastagi, anak2 lah paling seronok..depa dapat tunggang kuda..hahaha..dengan bayaran 30ribu rupiah seekor kuda..boleh lah tu, dalam rm8.50. Kawasan Barastagi lebih kurang macam Cameron Highland *tapi CH lagi cantik la.. kalau korang sampai sana, ai highly recomend makan jagung rebus @ bakar kat situ..sedap bangat!huhu.. So, kami ada lah soping2 sikit..beli buah-buahan dan baju-bajuan..hihi

Perjalanan dari Barastagi Kemedan ambil masa lebih kurang 2jam perjalanan..tapi kami terpaksa hadap macet(jem) di sempadan Barastagi/medan pasal ada satu Lori 8tan terbalik masuk gaung..korang bayangkanlah..lori tu terbalik jam 9.00pg dan masa kitorg lalu jam 7.30mlm, masih belum dialihkan dan masih belum berjaya dikeluarkan..ada ke patut nak tarik pakai lori dan towing keta??adoiiii..hihi

atas tuk tuk



perkampungan Tomok



simarjanjung

air tejun sipiso-piso


di Air Terjun sipiso-piso
barastagi



pasar buah Barastagi

Alhamdulillah kitorang selamat sampai di Hotel Madani walaupon agak lewat..disana Pak Roy dah tunggu untuk trip di Medan besoknya pulak..hehe..Cerita pasal Hotel Madani dan Bandar Medan pada entry akan datang ye..

babai..