Glitter Words

My Friends

Tuesday, March 30, 2010

~imagine this..~

Imagine me and you I do
I think about you day and night
It's only right
To think about the girl you love
And hold her tight
So happy together
If I should call you up invest a dime
And you say you belong to me
And ease my mind
Imagine how the world could be
So very fine
So happy together
I can see me lovin' nobody but you
For all my life
When you're with me baby the skies'll be blue
For all my life
Me and you and you and me
No matter how they toss the dice
It had to be
The only one for me is you
And you for me
So happy together
(by~turtles-so happy together)

(pssstt..i rasa depa sedang mengumpat i..alya tgh mengadu kot.. :-p)
haha..blog oii..ni sesi pujuk lagi..jgn merajok ok..takmau lambat2 d/load..ekeke..
bye guyss...

~blog..jangan merajok~

blog merajok ke..belog oii..merajok ke??ehehe..tulah.. i rasa my blog merajok ni..sebab dah berkali² panggil tak menyahut..cewah..mana ade blog yg menyahut ek..gila dah si mumyalya ni..ahaha..semoga blog ni cepat terpujuk :-D

hye kawan²..kawan² ape kabar?saya sihat sejahtera..saya sibuklah kawan²..tapi saya tetap update blog hari ni..ok?(psst..blog saya merajok dgn saya..dah berapa hari dia lambat download..haha..saya kene belanja dia mkn pizza malam ni..lalala~)..mumyalya juga sudah kurang menjenguk di RH..sekadar jadi silent reader..hermmmm..

oklah..to be honest,saya ade hobi baru sekarang yg membataskan hubungan saya dgn alam maya(wah gitu)..hobi yang sgt sesuai dgn orang yg nak jadi student macam saya..saya jadik student??cam tak caye..ekeke..oh apakah hobi baru itu??jeng..jeng..jeng..

"
"
"
"


ehehe..saya gemar membaca sekarang..sungguh bertepatan dgn konsep student itu(sebenarnya saje nak tunjuk kat hubby yg saya sgt tekad :-p) course yang akan saya ambil??berkaitan sangat dgn bahan bacaan saya itu..

ok..lainkali saya share kan isinya ye..sekarang belum bertauliah lagi..haha :-)
kita jumpa di next entry..dah lama tak update tentang my darling Alya Insyirah..
daaaa...


Sunday, March 28, 2010

~Mommies Blogger Award & Top Blogger 2010~

award seterusnya..

~mY beaUtiful hEaven~ diberi award lagi..kali ini datang dari Lady of Leisure,Umisofie & sue79 (ada sape² yg nama tertinggal sila maklumkan pada dak sasha..takut terlepas pandang..mata ada sikit rabun ayam..ehehe )

1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yang bagi award ni dan postkan dalam blog:
terima kasih pada sahabat² yang sudi bagi award pada blog yang tak seberapa ni..i really appreciate it :-)

2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:
anak ku baru sorang ni..tulah sorang pengarang jantung hati nih...

Alya Insyirah binti Mohd Fauzi
d.o.b : 28 june 2008

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant:
belum..coming soon..tapi pic ku masa preggy??ya ampun..ehehe :p

4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama:
semua kawan² blogger ku semestinya hot mama..hehe..dah ramai dah dapat award ni lagipun..so my pren..sape belum collect award ni..sila collect ye..ini satu arahan :-)


"
"
"
"
"



award kedua datang dari kak fisa,umisofie & Fatihah (lagi sekali..kalau sape² nama tak tersebut sila lah tampil ke depan..entry ni di buat jam 1.00 AM..semakin rabun mata ni..harap maklum.. :-p)

1) Thank and link the person that give you the award:
terima kasih ye kawan² yang sudi bagi ini award..daku tak rasa pun tergolong dalam top blogger ni..malu pulak nak collect..i really appreciate it :-)

2) Pass this award on to 20 Bloggers you've recently discovered and think are fantastic:
oh..semua follower ~mY beaUtiful hEaven~ adalah fantastic..boombastik..daku serahkan award ni pada semua blogger yang membaca my blog ni :-)


huh..lega dah siap buat ini entry (-_-")..hehehe..jumpa lagi..daaa :)

nota : baru perasan yg penulis blog ini tidak mempamerkan ke semua award yg pernah diterima di side bar blog..harus buat kelak.. :-p

Thursday, March 25, 2010

~tiba-tiba~

salam semua..ehehe..tajuk tu ada kene mengena tak?haha..takde idea nak buat tajuk ni..aduhai..malasnya nak update blog..bukan takde cerita..cuma..malas yang amat..ehehe..selalu aje hopping blog kawan2..tapi blog sendiri terbiar aje..ermm..
oklah..dulu pernah cakap nak share dengan korang my new "work station" kan?yang banyak sangat keistimewaan nya tuh..hehe..jom..let's enjoy pic nye :-)

pusat kecantikan - saloon rambut~ nak cuba juga besok :-)

untuk urutan badan,spa..aromaterapi (-_-)

ni untuk rawatan asas/khas kulit muka..

Sauna ~ muat untuk 2 hingga 3 orang :-)

sauna untuk sorang,body slimming~ tak sabar nak cuba..nextweek :-p ~

untuk mandi lulur~mandi bunga~jakuzi (oh..sukanya)

eh..tiba-tiba* tunjuk my best friend kat opis..haha

ehehe..so perasaan di kelilingi segala makmal dan pusat kecantikan sekitar kolej ini buat dak sasha jadi tak senang duduk..maklumlah..nak buat treatment time kerja,macam tak ber "etika" pulak(cewah) nak buat time rehat..masa tak cukup..so buat masa rehat hari jumaat atau sabtu saje..tapi..yg pasti..semua mesti dicuba..hahaha..
ok..see u kat next entry..daaaa :-)

Friday, March 19, 2010

~Tag Sepuluh~


Saya di tag lagi..hahaha..kali ini datang dari Lady of Leisure dan LiAnA (saya kumpulkan sekali harung bolehkan?hahaha) Tapi tag ni ada cara nak jawab:

Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya (jadi saya akan mengguna kan bahasa ibunda saya sepenuhnya)

[1] Siapakah diri anda di rumah?
Saya seorang isteri yang bekerja dengan gelaran "ira sayang" kepada en.poG..
saya seorang ibu kepada anak perempuan saya yang bernama alya insyirah..
saya juga adalah "along" kepada adik-adik saya..
anak perempuan kepada en.Mohd dan pn.Rahmah..
jadi,sudah kah anda tahu siapa diri saya dirumah?

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
siapa saya pada mereka?entahla ek..tapi yang paling penting..rakan-rakan saya selalu merasakan saya adalah kawan yang baik pada mereka..saya kalau dah berkawan,sangatlah perihatin dan ambil berat pada kawan-kawan saya..kawan-kawan saya selalu mengadu nasib pada saya,terutama adik-adik saya di JPA(oh...saya rindukan mereka..) kemana pun saya pergi..saya akan ada kawan baik :)

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Apa ye?ermmm..
1. saya masih mengidam nak kan ketuhar untuk memasak kek dan kuih :p (insyaallah suami akan belikan hujung bulan ni)
2. saya nak sangat menyambung pelajaran di peringkat sarjana dan hampir mencapainya tak lama lagi :)
nota : saya pun teringin 'sebiji' beg tangan jenama "TEKA" yang harga nya melibatkan 4 digit dan masih dalam pertimbangan en. suami saya..hahaha..saya rasa harapan saya untuk memilikinya amat tipis :p

[4] Siapakah nama pasangan anda?
En.poG

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
i) Suami saya handsome,tinggi dan bergaya..
ii) Suami saya suka bawa saya makan-makan sebab saya malas masak..haha..
iii) Suami saya penyayang dan rajin bantu saya buat kerja rumah waktu saya penat.
iv) Suami saya sangat pemurah terhadap saya dan anak..saya suka sangat bab ini :p
v) Suami saya seorang pengurus yang sangat berwibawa,adil dan perihatin..saya bangga :)

[6] Bila tarikh anda couple?
12 Mei 1999

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
saya bercinta dengan suami hampir 7 tahun..bertunang hampir 2 tahun..tentulah banyak kenangan pahitnya..tapi bila kami berkahwin dan mendapat Alya Insyirah..segala yang pahit telah berubah menjadi kenangan manis usik-mengusik..ehehe..

[8] Lagu tema cinta anda?
oh..tentang ini..banyak juga..suami saya suka berkaraoke..saya rasa yang paling dekat dihati kami ialah "sandarkan pada kenangan" dan " Bunga Angkasa" (sedang berkumandang)
oh..saya rindu suami saya saat ini :p

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
walau pun saya bangga melihat suami saya komited pada kerjanya..saya juga nak dia kurangkan sedikit kesibuk kan dia tu..dah macam doctor pulak saya tengok..kene "bersedia dgn panggilan" aje :p

[10] Tag 10 rakan ada yang lain
saya panjangkan kepada mereka tersebut..boleh mereka update blog mereka..haha ;p

1. Kelly
2. Wina
3. nuyue
4. fatihah
5. kakfiza (umisofie)
6.Leily|Ummi Alya Husna
7. zAnNa@mAMaBaTriCE
8. Annsyifa
9. sue79
10.Fiza

rajin-rajinkan diri anda ye..huhu..yeyyy!!dah siap tag ni..saya suka..bye kawan-kawan2..

Wednesday, March 17, 2010

~membesarkan..bukan menternak~

entry ini ku tujukan khas buat "ibu" yang ku jumpa di funfair malam tadi..(ku dalam keadaan marah malam tadi ye)

hello..buleh aku nak tumpang tanya..kau ni tau tak erti ibu-bapa ke?terperanjat gile aku kau buleh biarkan anak kau berpeleseran kat funfair tu tanpa kau perhatikan(cian budak² tu comot momot,kepenatan..macam dari pagi sampai malam kat situ) iyelah,aku paham sangat yg kau konon nak teman kan laki kau (ntah boypren kot) yg sibuk jadi pembantu tokan funfair tu..hello!kau baca suratkhabar je kerjanya..kau tak nampak ke anak kau jatuh dari atas tangga kepala doraemon tu..anak kau yang tua tu baru umur 6thn lah..mana buleh jaga adik dia yg baru pandai jalan tuh!!aduhai..pastu..takkan kau tak perasan 2 orang anak lelaki kau yang memanjat kuda merry go round tu??nasib baik lah benda tu belum bergerak..kalau tak..compom tersembam diorang kat tanah..aku perhatikan dari jauh..aku tolong baby kau yg jatuh tu..aku pikir kau nak datang lah tgk baby kau cedera ke tak..sengal!!!kau buat bodoh je kan(aku rasa kau memang bo**h kot)..

oklah..aku bersabar lagi..tapi bila kuda tu bergerak(sbb ada pengunjung lain nak naik) baby kau tetiba berlari ke arah kuda tu..aku tengok kau takda action ape pun..aku yg kelam kelibut lari selamatkan baby kau..eh..ada jugak mak bapak macamni kan?yg laki kau pulak buleh tengok aje dari jauh..nasib baik aku sambar baby kau..kalau tak..compom baby kau kene seret dgn merry go round tu..dan kau,masih takda action..masih baca suratkhabar!!beb..besar sangat ke pangkat kau sampai nak tau hal dunia and buat tak tau hal anak kau ni *angry!!

anak aku yg dah besar tu pun naik kuda tu laki aku pegang sampai habis..ni kan pula baby kau yang baru pandai jalan² jatuh tu..kau biarkan je..aduhai..
dan yang paling menyakitkan hati aku..tetiba kau berlagak heroin..kau datang kat aku yang tgh pujuk anak kau yg agak terperanjat tu..kau boleh cakap macamni "ermm..anak i memang nakal sikit..takpe..dia dah biasa jatuh " pastu kau amik anak kau dan blah..perghhhh..hati mendidih tengok perangai kau!!laki kau pulak macam bagus² tenung aku kan?hello..dahlah tak ucap terima kasih..korang buleh pulak tgk aku mcm aku yg bersalah?excuse me!!

nasib baik laki aku suruh ignore kau..kalau tak..mau jugak aku bagi sekali dua penangan molot aku nih!!terus aku takda mood nak bawa anak aku main² kat situ..sakit hati punya pasal..masa aku blah pun aku perhatikan kau lepaskan anak kau semula..dan aku tgk diaorang pergi ke tempat 'bumper car' pulak..ikutkan hati,nak je aku bawa lari anak kau..nasib baik Malaysia ada undang²..geramnye!!

beb..orang lain nak anak punya lah susah nak dapat rezeki..kau yang tuhan anugerahkan 4 orang ni pun kau jaga macam tak Aa' je kan?tak bersyukur langsung!tempat tu (funfair) tak sesuai la untuk lepas or bebaskan baby sekecil tu hatta anak² kau yang lain tu bermain..anyway..aku harap lah satu hari nanti kau sedar dan tak biarkan anak kau macamtu lagi,ingatlah..kita diberi amanah untuk membesarkan,memberi didikan pada anak..bukan menternak anak!

dan kepada anak² kecil yang aunty jumpa malam tadi..aunty doakan kalian sentiasa sihat..selamat dan dirahmati Allah selalu..sedih bila fikirkan kalian :'(

ermm..that's all la guyss..ku masih sedih bile terkenang wajah² kanak² yang ku jumpa malam tadi..simpati..terkilan..marah..semua rasa ada kat hati ni..entahlah..

(alya..ibu harap alya akan bersyukur dgn apa yg alya ada sekarang :))

~beautiful blogger award~


award ni Lady of Leisure & sue79 yang bagi kat i..kenapa i rasa bangga untuk terima ini award??
1. lady ada 220+ follower..award ni ni cuma buleh bagi pada 15org je follower dia..dan i salah sorang nye..yeyyy!!tankiu :)
2. tak sangka & terharu kak sue_79 ingat kat i dan sudi give me this award :)
3. lately i memang ada sakit M untuk update blog..and i tau ni salah satu cara mereka nak suwuh i update blog..muahaha..kan..kan?? ;p

so ni adalah syarat untuk terima award ni :-

1. Thank & link the person that gave you the award.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

4. State 7 things about yourself.


7 things about me ('',)

1. i love en.poG so much..
2. i have a lovely daughter..alya..and i love her so much..

3. addicted to shopping..

4. government employee

5. love chocolate..nyum..nyum..

6. simple and talkative :p

7. cengeng (kuat nangis)hahaha..

Now I'm passing this award to other bloggers with the most wonderful blogs:

1. Misz Atiey (mrs faizal to be)
2. kelly
3. umisofie (kak fiza)
4. LiAnA
5. Eyta (hotmama)
6. Fatihah
7. mummynad
8. iezza
9. my lil sis faz
10. pijot
11. kak isma
12. nuyue
13. kak fisa
14. idazs
15. wina

dan kalau boleh i nak give this award pada semua kawan2..tapi ada ke yg sudi??ehehe..
so..kepada nama2 diatas..sudi2kan diri anda untuk menerima award ini ye..love u alls :)
bye.................



Friday, March 12, 2010

~busy..rindu..happy~

salam semua..lama betul tak update blog..nak kata macamana ye..i'm really busy rite now..as busy as bee :p anyway..sejak my blog ditimpa musibah beberapa minggu yg lepas..memang takda mood nak touch up or update blog..tapi kerana me terlalu rindu...rindu pada kawan² blogger semua..ku gigihkan juga semangat ni..dahla my blog ni ala² bersawang sikit..pastu..nak jengah blog kengkawan pun masa terhad..ada yg sempat me jengah..ada yg setakat ku lalu lalang je..sorry ye semua..tak terniat nak kecitkan hati mana² pihak..cuma masa tak mengizinkan..

ok..my 1st story..
rasa-rasa ramai dah tahu berita gumbira ini..me dah pun dapat bertukar ke Melaka mengikut husband tersayang *wink

bila dah nama bertukar maknanya banyak la kerja nak buat..nak kene selesaikan kerja di jabatan lama..buku servis,gaji..bla..bla..bencii..ehehe..bukan itu je..kes nak buat pengosongan kuarters..pindah randah..appointment dgn pegawai hartanah kerajaan..bla..bla..bencii..lucky coz barang² rumah di putrajaya buleh muat dalam 1 lori saje..kalau tidak..ehehe..

keadaan masa tu agak tegang kerana me dapat short noticed dari jabatan lama untuk lapor diri ke Kementerian baru..waduh..tapi..alhamdulillah..semua selesai dgn sempurna :) di melaka pulak..nak kene setup barang²before kami pindah kerumah sewa ayah..aduhai..penin²..tapi i'm happy..hahaha...

tempat kerja baru..ok..OK sangat²..kurang protokol..kurang pressure..cuma agak ketinggalan (dari segi berita..pekeliling..etc)kerana berada di state tak lah se update berada di HQ..tapi i'm happy :) my work station sangat selesa..bertambah luas..staff yg sikit and the best part is..sekarang me berurusan dgn student..

student ape?student untuk kursus kecantikan diri beb :p seronok sakan dikelilingi pakar² kecantikan bersama makmal² kecantikan yg sgt complete (dah nama pun kerajaan yg biaya :p) cakap aje nak buat rawatan ape..dari hujung rambut hingga ke hujung kaki tersedia..best sgt..ada spa(remind me to LOL)..sauna..mandi lulur..weight loss treatment..manicure & pedicure..rambut..etc..hahaha..student dah mula tanya akak ni.."nak buat treatment tak?" wah..i'm so happy..ehehe..later i'll upload pic² pusat² kecantikan yg ada kat situ ok..bersama pic me sedang ber treatment..hahaha..

and..last but not least..me sgt gembira bila hubby izinkan me sambung belajar lagi..alhamdulillah..akhirnya..tercapai juga hasrat hati ni..sekarang tgh mencari course dan IPTA yg sesuai..semoga di permudahkan..walau pun kompom tak berapa nak mudah sebab hubby dah ckp..nak belajar kene tanggung diri sendirik..hahaha..then ada lagi my plan nak tambah baby nextyear yg tetap akan berjalan dgn jayanya :p

alya pula..makin lasak..nakal dan agak keras kepala..heheh..tapi dia nak membesar tu..ibu kene lah faham..kalau ibu tak faham..ibu tepuk montot dia sikit2..pastu abah datang backup alya dan bagi ibu faham..hahaha..

uittts..macam dah terpanjang je entry ni..tu lah..kalau dah bercerita..jadi nonstop pulak..hahaha..ok kengkawan..len kali kita jumpa ye..me tinggalkan u all dgn pic my darling with her mrs.dolper :p


look sweet and naive kan?jangan tertipu wokey..hahaha..

btw,guyss..me masih tak puas ati dgn ini template..for temporary..ok lah ek..byeeee