Tuesday, November 19, 2013
MELAKA BIRD PARK
Saturday, November 16, 2013
Gold Coast Morib, dah tak best!
mia belajar berenang |
Friday, November 8, 2013
Happy Birthday Husband..
Birthday en.asben on 27/10/2013 lepas..baru sekarang nak buat entry..huhu..sibuk sangat and internet kat opis probs..sempena bithday asben..ai kena kerja kat P.Pinang..weekend tuu, mencik betul!..lantas, dengan segala kudrat yang ada..ai pujuk asben untuk ikut sekali dan hangkut anak-anak sekali..hehe..maka berkampung la kami di P.Pinang dari 25/10/2013 sehingga 27/10/2013..anak-anak happy, asben pon sama..
Macam biasalah..kat P.Pinang apa yang best? makan-makan la kannn..hihi, actually last year kami dah ke P.Pinang untuk bercuti, refer sini dan sini..tahun ni jejak lagi, alhamdulillah rezeki..kali ni kitorg menginap di Naza Talyya , Tg Bungah..saje nak duduk tepi laut..feeling-feeling lomantik..haha..sgt affordable berbanding hotel2 sekitar laut tu..bilik pon ok..breakfast biasa je..and bonus ada swimming pool..yeayyyy!
Dalam-dalam kerja tu..kami singgah juga jenjalan kat Bukit Bendera (wajib la kalau dtg Penang kan) singgah Padang Kota Lama makan Pasembuq..haha, singgah ke Night Market Batu Feringgi..okeh, yg ni tahun lepas tak pergi..and memang best!hihi..kaki shopping kan!!harus la best..and for the first time dapat lalu P.Pinang Bridge..cantik sangat! insyaAllah ada rezeki kami sampai lagi P.Pinang..
my man.. :p |
to my darling asben..
Dear husband..once in a while..right in the middle of an ordinary life..live give us a fairytale, and my happy ending fairytale is you..I love you, truly, madly, deeply do..happy birthday..may all the happiness be yours..
Monday, September 30, 2013
PERCUTIAN KE MEDAN, DANAU TOBA, BARASTAGI - Day 3
hotel Madani |
@ Istana Maimon |
Little Bandung |
:0 |
Kota Medan |
Friday, September 13, 2013
PERCUTIAN KE MEDAN, DANAU TOBA, BARASTAGI - Day 2
Okeh, kita sambung balik cerita Medan..Hari kedua kat Danau Toba, kami kene berkumpul seawal 7 a.m di cafe Danau Toba Cottage Inn..ai ngantuk pasal tak bape lena tido, bukan sebab ada bendasing ke hape..tapi pasal sejuk sangat..gagau cari remote econ, baru teringat takde econ dalam itu bilik..hihi..pastu kan, kat Danau Toba Cottage Inn tu..ada waktu nye air panas kat bilik air tau..masa kitorg sampai malam tu, takde air panas..sejuk beku badan kene air..hihi..
so lepas breakfast, kitorg naik feri (they called it TUK TUK) untuk ke Pulau Samosir, yg lebih spesifiknya kami ke Perkampungan Tomok..dimana terletaknya Makam raja-raja lama bagi perkampungan tersebut, sampai kat perkampungan tu, pak Adi terus bawa kitorg ke kawasan perkuburan tu..masa sampai di perkuburan Raja Ompu Tolu Sidabutar ini kitorg disuruh menyelepangkan kain ulos di bahu dan harus mengucapkan "horas" di situ, sebagai tanda kami diterima di situ. ai and famili jerit jugak la "HORAS" sambil gelak-gelak..huhu..pak Adi mula la menceritakan sejarah Raja Ompu Tolu Sidabutar dan anaknya serta awek pada anaknya..muahaha..ai dengar2 ayam je lah sejarah tu..aqil iman syok tido..yg excited dengar ialah en.asben,ntah pasal..huhu..Setelah selesai mendengar cerita ringkas ini, kitorg kena pulangkan ulos itu kepada tuan yang empunyanya, tetapi tuan empunya itu meminta duit *derma sebelum pulangkan ulos tu..aikk, tadinya engko cakap FOC..tetiba ko minta derma..haha,so kitorg share sorang sikit masuk tabung tu..muka pakcik tu tak puas hati dapat 40ribu rupiah..adehdehdeh..tapi kitorg buat tatau je..
bershopping di perkampungan tomok adalah amat mencabar bila korang menjadi antara pelancong pertama sampai disana..semua mohon korang beli satu dua barang untuk permulaan bisnes diorang "pecah telur" tapi diorang okeh, takde pulak paksa2 sampai ugut2 macam ai baca dalam blog..semua pujuk dengan kasih sayang..harga pon ok je..tak murah..tak mahal sangat..ok2 saje..cuma biasalah taktik peniaga, tipu2 harga sikit sebab matawang tak sama..diorg buat kita keliru,sebab tu kene buat list tukaran matawang utk senang nak refer..ai ada lah beli sikit2 buat cenderamata untuk kawan2 opis..sikit2 sudah..hihi *tips sebut Horas setiap kali nak shopping..depa suka!!
lepas tu, perjalanan kitorg diteruskan ke Barastagi..kata Pak Adi perjalanan ambil masa lebih kurang 7jam dengan singgah di beberapa tempat..perjalanan tu lalu kawasan yang sempit dan agak bahaya *macam jalan Tapah, Cameron highland*..Sepanjang perjalanan..ai macam takmo lelap mata
langsung..teruja dengan pemandangan sekitar..indah sungguh ciptaan
Allah..banyak tempat yang depa tak usik lagi..korang rasa macam kat sebuah
negara beriklim sejuk yg penuh dengan kehijauan *amboi melampau bahasa :p
Kami singgah di kawasan yang di namakan simarjanjung (betul
ke eja camni..) konon nak minum teh halia dan goreng pisang..errr, bukan selera
tekak en.asben yang Cuma minum seteguk je teh halia tu..haha..goreng pisang dia
ok la..cuma harga tu 2500r rupiah sekeping, bersamaan rm0.80..gile tak
mahal..haha..
Kemudian kitorang teruskan lagi
perjalanan, ke kawasan Air
terjun Sipiso-piso..bila sampai disana..sumpah kitorang terpaku, memang cantik..Subhanallah,
korang akan rasa macam tengok lukisan tapi LIVE! Cantik sangat-sangat..tak tau
lah nak cakap macamana..asikk le kitorang ambil gambar..tapi kitorang tak turun hingga ke kawasan air terjun sebab bawa ramai budak..jalannya agak bahaya..ambil gambar dari atas je..korang tengok la sendiri cantik ke tidak..huhu..kitorang lepak kat situ dalam 1jam kot..cantik..cantik..!
Seterusnya, kami ke Barastagi.. dari kawasan air terjun Sipiso-piso ambil masa dalam 1 jam ke Barastagi..Samapai kat Barastagi, anak2 lah paling seronok..depa dapat tunggang kuda..hahaha..dengan bayaran 30ribu rupiah seekor kuda..boleh lah tu, dalam rm8.50. Kawasan Barastagi lebih kurang macam Cameron Highland *tapi CH lagi cantik la.. kalau korang sampai sana, ai highly recomend makan jagung rebus @ bakar kat situ..sedap bangat!huhu.. So, kami ada lah soping2 sikit..beli buah-buahan dan baju-bajuan..hihi
Perjalanan dari Barastagi Kemedan ambil masa lebih kurang 2jam perjalanan..tapi kami terpaksa hadap macet(jem) di sempadan Barastagi/medan pasal ada satu Lori 8tan terbalik masuk gaung..korang bayangkanlah..lori tu terbalik jam 9.00pg dan masa kitorg lalu jam 7.30mlm, masih belum dialihkan dan masih belum berjaya dikeluarkan..ada ke patut nak tarik pakai lori dan towing keta??adoiiii..hihi
perkampungan Tomok |
simarjanjung |
air tejun sipiso-piso |
di Air Terjun sipiso-piso |
barastagi |
pasar buah Barastagi |
Subscribe to:
Posts (Atom)