Glitter Words

My Friends

Monday, October 12, 2009

sEpaSanG KaKi Yg ComEL...


duhai sepasang kaki yg comel..
kini sudah pandai berdikari,
bediri,berjalan dan berlari..
belajar menerokai duniamu sendiri,

oh sepasang kaki yg comel..
kelmarin,kau sudah pandai meminta,
merengek mahu ibu belikan sepasang selipar,
yg comel,berwarna merah jambu,
untuk setia ,mengalas perjalanan mu...

wahai sepasang kaki yg comel..
kini perasaan ibu semakin terusik,
bila kau mula menolak tgn ibu utk memimpin,
berlari bila ibu cuba mendekati,
kau mahu melangkah tanpa dipimpin lagi..

sayangku sepasang kaki yg comel..
bukan niat ibu mahu mengongkong perjalananmu,
cuma ibu bimbang...
kalau kau tersadung jatuh di tengah jalan,
dan kau teruskan perjalananmu tanpa pedoman..
lalu hilang dalam kegelapan..

sepasang kaki anakku yg comel..
teruskanlah terokai dunia ini..
walau tanpa ibu disisi satu hari nanti..
semoga kaki yg comel itu,
sentiasa mengorak langkah ke mercu jaya..
dan sentiasa berada dilandasan yg benar..
yg diredhai Allah (s.w.t)..
semoga terus menjadi permata hati ibu & abah..
wahai anakku dan sepasang kakimu yg comel...

dedicated to my precious Alya Insyirah..
always from,
mumyalya....





4 comments:

missAtiey said...

i loike!!
teree ar akk wat puisi puitis..
menyentuh kalbu...kalo alya reti bace..
mesti alya terharu kan..
xsangka..mumy alya pandai wat puisi...;)

Wina Momma S and S said...

tggu alya dh boleh baca nti mesti dia terharu..huhuhu :-)

KELLY910 said...

alahai.. so sweet.. comey je kaki lya ek..

sasha @ mumyalyaqil said...

hahaha..
tq guyzz...ntah camne lak boley
tercipta poem ni..inspired by kaki dak alya.. :p