My Friends

Tuesday, November 4, 2014

SABAH 2014, KOTA KINABALU (PART 1)

salam semua..akhirnya aku ada masa sikit update lagi belog aku..haha..baru2 ni sorang kawan tanya aku, "kau dah share pasal pi Sabah hari tu tak?" hermmm..bagi memenuhi hasrat kawan tu yang dengaunya nak fly awal tahun ke Sabah..nah engko baca ni :)

Kali ni trip ke Sabah beramai-ramai dengan adik beradik ipar duai anak2 buah(3 family)..haha..aku booked tiket flight yang AA promo 0 fare tu..berbaloi jugak la..cuma lemau tunggu tarikh nak fly..depature on 25/09/2014 dan balik 28/9/2014, 4hari 3malam..puas la trip kali ni..naik gunung redah laut..kahkahkah..dulu aku pi Sabah 2012 dapat buat Island hoping je..

Aku sewa apartment dengan kak zanti (asal Kelantan), apartment 3 bilik, fully furnished, boleh masak2..air cond semua bilik termasuk ruaang tamu..apartment ni kat 1Borneo, so floor bawah sekali shopping complex(mudah cari barang)..ada swimming pool and Gym..hahah..ni no telefon kak zanti (019-8811974) dan ni laman web dia (sini), kak zanti ada what's app..senang nak berhubung dengan dia..sapa yang berminat boleh call kak zanti ok..

aku sewa kereta dengan Cikgu Edy atas rekemen kak Zanti..aku amik Toyota innova dengan harga rm130/day..Ok juga berurusan dengan cikgu ni, dia ada pengurus yang handle semua kereta dia..tak perlu aku susah payah..sampai je airport KKT2 pengurus dah tunggu, serah kereta dan jalan..balik pun macamtu, diorang tunggu kat aiport..aku terlambat 3jam..diorang ok je..ulang sekali lagi 3 jam..haha..Cikgu Edy tu siap berdoa yang baik2 untuk aku sekeluarga masa amik keta..kitorang sekeluarga aminnnkan :) ni no dia, incase korang berminat nak guna kereta sewa dia (016-8397143)

Selesai urusan serah kereta dan sebagainya, kami terus ke Pasar Basah Filipino tu dulu..beli ketam, udang, sotong, ikan tenggiri, bawal.. sayur2 keperluan asas..cadangan nak masak malam tu..aku dengan adik2 aku pi cari semua tu..kami dapat Ketam harga RM8/sekilo, Tenggiri RM5/Setengah ekor, udang RM15/sekilo hahaha..lepas tu terus check in apartment..rehat sekejap..yang perempuan kene la masak..yang lelaki rehat (cissss) tapi lepas tu diorang bawa anak2 mandi swimming pool..haha..hari pertama sampai kami banyak rehat2 je, adalah pergi beli barang sikit di pasar filipine malam tu..tapi sekejap sangat..perjalanan jalan2 kami mula esoknya lah, ke Kundasang-Ranau..nanti aku share yer, termasuk semua bayaran masuk dan segala kejadah yang perlu diketahui..till then, mari tengok gambar..eh?hahaha..

sampai di kkt2
yummy
1Borneo shopping

anak2 main swimming pool bawah apartment
ruang tamu
dapur

babai

No comments: