Glitter Words

My Friends

Wednesday, November 19, 2014

PISAH BILIK TIDUR DENGAN ALYA DAN AQIL - TIPS

assalamualaikum...

pejam celik pejam celik kan..anak2 aku dah besar rupanya, alya dah nak masuk darjah satu dan aqil masuk 4tahun next year..so aku dengan en.usben ambil kata sepakat untuk pisahkan mereka tidur dari bilik kami. *ayat betul kot?* memandangkan anak2 aku dah mula perhati perangai dan tingkah laku mak pak dia, nak tukar baju pun susah..dan yang paling penting.."aktiviti bebas" makin tersekat, kahkahkah..acane nak bagi diorang adik kan kalau asik disekat tersekat..kahkahkah..
ok..ok berbalik pada realiti *hehe* aku pun mula la survey2 cara dan tips untuk pisahkan anak tidu dibilik sendiri..alya sebelum ni memang tidur atas katil sendiri tetapi dalam bilik yang sama..cuma aqil tu tido memang bawah ketiak aku..sian sangatttt..huwaaaa..ibu terpaksa aqil, maafkan ibu..TAPI SEBELUM PISAHKAN BILIK..BUATLAH PENERANGAN DULU SEBAB2 DAN KENAPA KENE PISAH BILIK..KENE EXPLAIN BUKAN SEBAB TAK SAYANG..HEHE
okeh, ni antara benda yang aku buat la..step by step bebeh..budget bulan demi bulan..hehe

1. memandangkan anak aku masih agak kecil..aku masih satukan mereka dalam satu bilik..katil asing-asing, kebetulan aku memang prepare beli katil bujang (kayu kaler putih = rm199/unit siap tilam) - aku tanya anak2 aku nak letak katil kat belah mana dan ikut keselesaan diorang furniture dalam bilik tu *macam byk sangat perabot pulak* hahahaha!!

2. untuk pilih cadar untuk tilam, aku biar anak2 yang pilih..biasalah, diorang mesti nak yang Barbie lah, Spiderman lah..tapi aku pujuk2..aku cari juga yang kartun tapi ada promo, set comforter kartun dah diskon 70% kat JJ harga tinggal RM79.90 x 2set..sorang dapat corak pari-pari sorang corak pirate..oklahkannnn..

3. aku beli meja untuk diorang membaca atau buat homework *lah sangat* RM39.90, kerusi memang ada..aku guna yang tu je..hahaha..anak2 aku banyak buku bedtime story, so aku beli rak yang lekat kat dinding tu dan susun buku-buku kat kat situ, selebihnya aku susun je kat meja tu..

4. Untuk korang yang belum pernah belikan anak almari pakaian, boleh la beli yang kecil tu..anak-anak aku memang ada dari kecil..so aku jimat kat situ, dan aku belikan anak2 aku sorang satu cermin untuk berdandan..aqil jangan nak berdandan lebih2 ha! hehe..cermin colourfull yang harga rm19.90/pcs tu..gantung kat dinding..

5. Aku cadangkan korang tampal la apa2 kartun atau ikut kegemaran anak korang kat dinding bilik..macam aku, beli yang rm6.90 satu set tu je (beli kat Mr.DIY)..wall paper mahal..kahkahkah, ada juga cadangkan tampal wall decoration tu..ikut la kemampuan ye..

6. Yang ni paling penting..sebelum anak korang mula tidur dalam bilik diorang..pls make sure bilik sangat bersih..etc, en.usben aku kemas, vacum bersih2 sebelum masuk dan deco semua benda..kenapa bukan aku?aku allergic dengan habuk..biasa bab habuk mmg en.usben buat..hahaha

7. Aku pasang aircond dalam bilik anak2 aku..sebab aku rasa bersalah kalau tido dalam aircond dan anak aku tido dalam kipas..hehe, tapi aku paham..aircond bukan harga rm199 kan, so..kalau korang pasang kipas dalam bilik anak korang, korang pon guna kipas sudah dalam bilik korang..barulah adil dan saksama..bil elektrik pon mesra dompet kan..hihi

8. untuk minggu pertama anak2 aku mula tidur sendiri..aku teman diorang sehingga jam 3-4 pagi..anak aku yang kecik tu ada manja sikitla..asik cari ibu mana..ibu mana..haha..aku banyak juga beritahu tentang kekuasaan Allah dan tak perlu takut, Allah sentiasa jaga diorang, aku cakap ibu dah minta tolong Allah jagakan awak berdua..

9. Lampu tidur tu aku pasang kat bilik anak2, agak2 terang malap..sebab alya jenis tidur nak gelap..aqil nak cahaya..tapi memang sangat mebantu..

10. Akhir sekali..walaupun dah sebulan lebih anak aku tido asing bilik..ada masa diorang request juga nak tido dengan aku..jam 4pagi ketuk juga pintu bilik aku..tapi hati mesti keras ok..aku tak bagi diorang tidur bilik aku tapi aku teman diorang tidur dalam bilik diorang sampai pagi..sebab aku paham..mungkin bad dream kan..dan juga, aku masih lakukan aktiviti bersama diorang sebelum tidur..baca doa sama2, bed time story..sama macam masa diorang tidur sebilik dengan aku, beza cuma lepas selesai semua tu diorang tidur dan aku masuk bilik aku..

Alhamdulillah..aku berjaya dalam proses pisahkan bilik ni, dan anak2 pulak makin beradab bila nak masuk bilik aku, ketuk pintu or tanya dulu bila nak masuk..mumtaz aulad..hihi

so, buat korang yang nak cuba pisahkan bilik tidur anak2..cubalah..tak payah belanja besar2, yang penting cara korang sampaikan pada anak2 dan jangan putus asa, teman diorang dalam bilik mereka sampai mereka bersedia..korang boleh..chaiyokkkkk!

dan selepas proses itu berjaya, aku ucapkan..SELAMAT BERBULAN MADU..hahaha

ni bilik anak2 aku..simple kan..bahagian depan katil ada almari dan cermin untuk masing-masing..biar simple dan jimat asalkan objetif tercapai ok :)

babai


Monday, November 17, 2014

SABAH,2014 KOTA KINABALU (PART 2)

okeh..sambung balik stori bercuti ke sabah..punya lah lama..akak busy dik non..haha
hari ke 2 di Sabah aku dah bangunkan anak-anak, adik-adik aku seawal jam 6pagi..jam 7pagi dah gerak nak naik Kundasang..planning perjalanan nak terus ke Tagal Sg. Moroli, di Kg Luanti untuk tengok ikan Kelah yang kata orang sangat jinak..tapi sebab kami dah kepenatan dan kelaparan..kami singgah di Kundasang dulu..perjalanan dari 1Borneo ke Kundasang ambil masa dalam 2.30jam -3.00 jam, bergantung kepada cuaca, cara pemanduan dan faktor lori depan kereta yang terhembab2 mendaki gunung..hahah

Destinasi pertama adalah Kinabalu Park..dalam ni takda apa sangat la, tapi untuk korang amik gambar ka di view point, oklah..aku tengok macam hutan simpan Air Keroh pon ada, cuma tempat tu special la sebab kaki gunung kan..ada bayaran tau..aku tak ingat..satu kepala rm3 kalau tak silap..tapi dengan resit sama korang boleh masuk tempat ni berkali-kali..motif?tatau..ada juga tempat korang boleh masuk guna tiket Kinabalu Park ni..tapi aku dah tak ingat plak kat mana..
Seterusnya kami makan dekat kedai makan berhadapan round about kundasang tu..ermmmm, makan takmo komen..memang bukan selera aku makanan dekat sini..Lepas makan terus ke Dairy Desa Farm, Kundasang..alah, tempat lembu ala2 korang pegi New Zealand tu..haha..perjalanan memang pelik sikit tau, jalan tanah merah..bergegar2 le dalam kereta..hihi..bayaran masuk pun rm3/head..tapi diorang tak check pon berapa orang masuk.. aku dengan adik-adik aku bukan main jujur siap kira baby sekali..ntah hapa2..hahaha..dah masuk dekat situ, apalagas...snap pic banyak2 la..sebelum masuk dalam kilang tu beli susu-susuan..hehe, susu dia sedap gakla..tapi tawar sikit..orang kuat manis macam aku mana buleh tawar2..
Lepas kami tersedar lembu2 tu mula bosang dengan perangai kami yang terkinja-kinja snap pic..hahaha..kami teruskan perjalanan ke Tagal Sg. Moroli, di Kg Luanti pula, perjalanan ambil masa dalam 1.30jam..kematu montot weh..jauh gila berjalan..walaupon dalam Sabah..tapi jauhnya, ya ampun..huhu..sampai di Tagal Sg. Moroli, di Kg Luanti dah hampir jam 3.00ptg.. bayaran masuk rm5/kepala untuk dewasa..mula2 kami tension jugak nak masuk sebab ada timing dan sebagainya..tapi kan korang...sungai tu cantikla weh! air dia jernih.. ikan2 bukan main manja..dia sedut2 jari2 manisku..ewah..hahaha..highly recomended untuk siapa yang ke kundasang..sila kesini ok! *puashati*
perjalanan balik yang mencabar bermula lagi..haha statement tak boleh blah..memandangkan Sabah cepat gelap..maka kami dah berjanji sumpah setia nak gerak dari kundasang seawal 4.30petang..sampai di Tamparuli dah jam 6.00petang, dah gelap macam maghrib di semananjung..so sempat jengah ke Rumah Terbalik di Tamparuli.. dah terjengah tu kan, memasing pasang azam akan singgah ke RUMAH TERBALIK ni hari akhir di Sabah ni..haha..
oklah..korang layan pic aku dan keluarga sepanjang di Kundasang, nanti aku stori pulak pasal trip ke Manukan, Mamutik, Sapi dannnn Rumah Terbalik tadi..hehe..








till then..bye :)

Tuesday, November 4, 2014

SABAH 2014, KOTA KINABALU (PART 1)

salam semua..akhirnya aku ada masa sikit update lagi belog aku..haha..baru2 ni sorang kawan tanya aku, "kau dah share pasal pi Sabah hari tu tak?" hermmm..bagi memenuhi hasrat kawan tu yang dengaunya nak fly awal tahun ke Sabah..nah engko baca ni :)

Kali ni trip ke Sabah beramai-ramai dengan adik beradik ipar duai anak2 buah(3 family)..haha..aku booked tiket flight yang AA promo 0 fare tu..berbaloi jugak la..cuma lemau tunggu tarikh nak fly..depature on 25/09/2014 dan balik 28/9/2014, 4hari 3malam..puas la trip kali ni..naik gunung redah laut..kahkahkah..dulu aku pi Sabah 2012 dapat buat Island hoping je..

Aku sewa apartment dengan kak zanti (asal Kelantan), apartment 3 bilik, fully furnished, boleh masak2..air cond semua bilik termasuk ruaang tamu..apartment ni kat 1Borneo, so floor bawah sekali shopping complex(mudah cari barang)..ada swimming pool and Gym..hahah..ni no telefon kak zanti (019-8811974) dan ni laman web dia (sini), kak zanti ada what's app..senang nak berhubung dengan dia..sapa yang berminat boleh call kak zanti ok..

aku sewa kereta dengan Cikgu Edy atas rekemen kak Zanti..aku amik Toyota innova dengan harga rm130/day..Ok juga berurusan dengan cikgu ni, dia ada pengurus yang handle semua kereta dia..tak perlu aku susah payah..sampai je airport KKT2 pengurus dah tunggu, serah kereta dan jalan..balik pun macamtu, diorang tunggu kat aiport..aku terlambat 3jam..diorang ok je..ulang sekali lagi 3 jam..haha..Cikgu Edy tu siap berdoa yang baik2 untuk aku sekeluarga masa amik keta..kitorang sekeluarga aminnnkan :) ni no dia, incase korang berminat nak guna kereta sewa dia (016-8397143)

Selesai urusan serah kereta dan sebagainya, kami terus ke Pasar Basah Filipino tu dulu..beli ketam, udang, sotong, ikan tenggiri, bawal.. sayur2 keperluan asas..cadangan nak masak malam tu..aku dengan adik2 aku pi cari semua tu..kami dapat Ketam harga RM8/sekilo, Tenggiri RM5/Setengah ekor, udang RM15/sekilo hahaha..lepas tu terus check in apartment..rehat sekejap..yang perempuan kene la masak..yang lelaki rehat (cissss) tapi lepas tu diorang bawa anak2 mandi swimming pool..haha..hari pertama sampai kami banyak rehat2 je, adalah pergi beli barang sikit di pasar filipine malam tu..tapi sekejap sangat..perjalanan jalan2 kami mula esoknya lah, ke Kundasang-Ranau..nanti aku share yer, termasuk semua bayaran masuk dan segala kejadah yang perlu diketahui..till then, mari tengok gambar..eh?hahaha..

sampai di kkt2
yummy
1Borneo shopping

anak2 main swimming pool bawah apartment
ruang tamu
dapur

babai