Glitter Words

My Friends

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 2012

akhirnya..ada gak kesempatan nak meng update blog ni dengan gambo raya tahun 2012 ni..tema grey u ollss..jgn jeless..haha..korang tgk2 la dulu ye..manatau ada yg berkenan..wakakaka :p
later kita stori mori pasal raya ni hokeh..yg penting raya ni meriah sebab asben cuti!!dan sangat meriah sebab ai sakit tekak..muehehehe :p



SELAMAT HARI RAYA..babai :)

Thursday, August 16, 2012

~SELAMAT HARI RAYA~

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..
KEPADA YANG PULANG KE KAMPUNG..SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU..

IKHLAS :
Sasha & Famili :)



Wednesday, August 15, 2012

Duit Raya..

pagi ni,separuh duit raya dah selamat masuk sampul untuk diserah pada yg layak..yang layak saje ye..muehehe..tak boleh nak buat kat rumah sebab sangat bizi (yorlah..) dan ada "pak incik" yg cukup suka melorat sambil keronyok itu duit..*adik,if asik keronyok duit itu..so no point ibu tukar duit raya baru kannn..adeh..kakak alya ok,sgt suka tolong ibu masuk duit dalam sampul..tapi itu "pak incik"..dah berapa keping sampul koyak dikerjakan..

sampul yang berbeza mengikut amount yang berbeza..hahaha..budak2 takleh pegang duit bebanyak..yg banyak2 tu untuk dah jadi nenek budak je :p

**hari ni sebenarnya sedang bersedih kerana en. Pearl yang baru je berkhidmat pada famili kami tercedera sikit..hukhuk..tulah,asben bawak laju2 lagi..eiiii..tension!

babai :)


Thursday, August 9, 2012

Kasut Raye..yeayyy!

korang dah beli kasut raye?hehehe..check out our kasut raye..ye..ye :p

yang ini untuk adik..hehe..
(adik,ibu belikan sepasang je sebab adik baru jalan-jalan eh,jatuh..haha..adik perlu pakai "Hello Yaya" tu dulu sampai bebetul dah expert okeh )

yang ni untuk kakak..hehe
(kakak..ingat pesan ibu,kasut beriben tu nak buat pakai masa kakak jadi flowergirl makngah dan maklang..pls jangan kotorkan atau rosak kan..hahaha* ibu berjimat cermat :p )

yang ni untuk ibu..hehe
(ibu..sila insaf..kasut awak dah banyak sangat!)

persoalannya..kasut abah dimana?dimana?hahaha..abah memang suka sepriseee la kan :p
babai :)

Wednesday, August 8, 2012

Sumpah aku sayang T_T

sumpah aku sayang..sangat sayang..kau lah benda pertama yang aku terpikir lepas dapat kerja gomen..nak2 plak en.poji kata ok..so,memang kau dah menetap dihati dari sebelum kau berada dalam famili aku..mana mungkin aku tak sayang..tak mungkin..
kau..yang dah bawa aku keliling Malaysia,selatan..barat..timur..yang sentiasa menyejuk kan hati aku..kau yang sangat lah jarang meragam..rasa-rasa boleh kira berapa kali kau meragam sepanjang dengan aku..sumpah aku sayang kau!

aku nak kau tahu..menggantikan tempat kau adalah satu yang amat menyakitkan bagi aku..cuma aku perlu memenuhi keperluan hakiki keluarga yang mungkin akan bertambah lagi..kapasiti semakin besar..hermmmmm..tak terniat dihati melepaskan kau..aku tak mampu untuk memiliki kedua-duanya..maka aku terpaksa melepaskan kau pergi..maafkan aku..
huwaaaa..hati sakit=sakit hati..tak lama lagi aku bakal lepaskan kau pada dak angah..harap dak angah boleh jaga kau baik2..be gentle pada kau..hermmmmm..
angah,kau kene jaga dia baik-baik tau..pelisss..!!

akhir kata..aku sayang ko..sumpah aku sayang ko! kenangan kita berdua sepanjang highway nilai-pajam..kenangan sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu..ke Perak..Kluang..malah yang setiap hari kita hadapi bersama-sama dari Bukit Katil ke Kompleks Kesidang, Bachang akan aku kenang hingga akhir hayat ni.. kenang daku dalam deruman enjin mu wahai Mr. Tenggiling Encem ku..hukhukhuk

Mr. TENGGILING ENCEM saya!

**bakal berganti dengan EN.PEARL GAGAH :)

Monday, August 6, 2012

Kursus membuat aneka kuih..

assalam..jumaat lepas my kolej ada anjurkan satu kursus membuat aneka kuih raya terbuka(wajib :p) kepada semua kakitangan dan pensyarah kolej..so,ahkak kene la join..hehe..meh tengok bagaimana ghupa ahkak menguli :P

resepi nyer..

our group..

kemain akak menguli :p

akak tengah naik syek tu dek..haha..

hasilnya :)

**memang sedap..rangup dan very choclatiey..hehe,sorang dapat sebekas kuih ni..tapi akak punya da tinggal 1/3 bekas..makan sampai tak sedo..haha :P

babai semua :)