Glitter Words

My Friends

Thursday, March 14, 2013

Percutian Ke Kg. Salang, Pulau Tioman

salam..wahhh..lamanya tak update blog..pimalas sungguh ni..huhu,kesian anak2 nanti bila buka blog ni tengok bersawang je ibu tak update..muahaha
ok..ok back to main topic, last weekend kami sekeluarga ke PULAU TIOMAN, dah sah2 la untuk bercuuutiii..kehkehkeh..ini adalah sebagai pembalasan percutian ke Cameron Highland yang terpaksa dibatalkan atas sebab "berkhidmat untuk negara" ~sigh..
rasanya,lebih kepada nak share tentang sikit2 tips buat sesapa yang nak bercuti ke Pulau Tioman umumnya dan ke Kg. Salang, Tioman khasnya *tengok nahu..kemain..hehe..

kami bertolak dari seawal jam 5am dari JB (sebab bermalam dirumah pakcik,kalau dari Melaka mungkin seawal 4am kene gerak) dan sampai kat Jeti Mersing around 8.15 am,berkejar2 ok..sebab tiket speedboat pukul 9.00am dan pukul 8.00am agent dah call kata speedboat dah tunggu..okeh ni nak cerita, kalau korang amik speedboat dari jeti mersing,timing tu ada 2 sahaja, pagi sekali dan petang sekali..think wisely nak amik tiket mana satu..depa buat time departure macamtu due tu air pasang/surut (tetiba nak nyanyi air pasang malam..surut pukul 5...lalala)hahaha..macam kami yang pergi 7 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak dimana range umur 78tahun ke 2 tahun..kami amik tiket departure 9.00am dan return jam 3.30 pm.  keadaan speedboat tu ala2 feri pi Pangkor..sape pernah pergi tau la..hehe..tapi kecik sikit, ada aircond..tandas..dsbg..feri ni laju..ombak kuat,so sape yang rasa memang pemabuk,elok la sediakan asam,plastik untuk persediaan mengeluarkan bahan dalam perut secara terpaksa..hahaha..perjalanan ambil masa dalam 1jam setengah atau lebih..tengok kat mana korang nak cek in..macam kami,menetap di Kg. Salang, Tioman..ya ampun..last stesen ok!!amik masa 2jam,huhu..korang kene hati2..jangan turun di stesen yg bukan tempat korang nak cek in..nanti kene bayar sea taxi(rm20-rm30/head)..hihi..

sebenarnya,sy sendiri tersilap pilih resort..ambil yang hujung sekali..tapi takpe,pengalaman kan..hihi..kalau sape2 yang nak ringkas,cepat sampai..banyak resort..korang boleh duduk di Kg. Genting..dan bagi sesapa yang nak bershopping "duty free" dan kemudahan lengkap boleh pilih duduk di Tekek..kalau nak jugak stay kg. Salang (sebab coral dia dekat dgn tepi pantai..night live memang happening etc..) sy sgt2 syor kan duduk di sebelah area yang berdekatan dengan jeti..pantai disitu boleh mandi anytime..berpasir..macam saya duduk di Salang Beach Resort.. jauh dari jeti (dalam 10min perjalanan kaki yg malas..8min perjalanan kaki sederhana rajin) pantai dia banyak batu,so kalau air surut tak boleh nak mandi..air pasang pon macam insecure sangat nak mandi sebab batu tu..so kene jalan kaki ke sebelah jeti kg. Salang yg perjalanannya seperti diceritakan diatas..haha..tapi korang jgn risau..kedai makan ada!!itu sgt penting..hehehe..one more bonus duduk kat sini..tenang,aman..damai..
takde hiburan sangat..takde bar2 tepi pantai macam yang ada kat area jeti kg. Salang tu..

ok2..nanti sambung kat entry seterusnya..tinggalkan uolss dengan gambar2 yang amik sekitar jeti ok..lepas ni kita cerita pasal MAKAN, sports yg ada.. MAKAN, servis dsbgnya..
Aqil dalam feri @ speedboat
masa mula2 sampai jeti Kg. Salang, Tioman
bye2 bot..
baik budak2 ni pimpin my grandmom..
sampai je terus main buai ini..

bila air surut..pantai ini berbatu-batan


jauh woo dari jeti..


babai.. :)

8 comments:

mizah said...

lama tak singgah sini....rajin2 update ek...mizah pun tgh mood rajin jalan blogwalking...huhu

ashra said...

wah wah wah.....rupanya coti kat tioman ye.
*jeles*

i orang johor pun tak sampai lagi..sob sob..

tak sabar next entry..nak tgk gambars u ols =)

sasha @ mumyalyaqil said...

mizah..
sha sendiri lama tak singgah sini..hehe..lps ni nak aktif balik la :)


ashra..
haa..coti la u,mcm i cerita kat u.taktik berkesan..hehe..

♥ Vna ♥ said...

wahhhh cantiknya air laut dia..

tak pernah sampai tioman lagi

sasha @ mumyalyaqil said...

wina..
haah cantik kan..hehe..i pon 1st time sampai..cuma tak larat mabuk bot tu..hehe

Unknown said...

ASSALAMMUALAIKUM..

Adakah anda ingin menjana pendapatan secara part-time atau full time melalui Internet?

Sila ke laman ini sekarang juga dan daftar secara percuma:

http://refer.jomniaga.com/x/shada86/

JomNiaga adalah sistem yang paling berkesan di Malaysia untuk:t

1. Pemilik produk digital atau fizikal yang ingin mendapatkan lebih banyak jualan

2. Affiliate atau agen yang ingin mempromosikan produk untuk mendapatkan komisen

3. Blogger atau pemilik website yang ingin memaparkan iklan selain Google Adsense

Pendaftaran adalah percuma, dan ramai yang telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan melalui JomNiaga dalam masa yang singkat.

Daftar di sini:

http://refer.jomniaga.com/x/shada86/

Ikhlas,

Shada kamis

Pendekar melayu said...

tioman

Pendekar melayu said...

tioman bulan ogos boleh pergi x