Glitter Words

My Friends

Tuesday, May 7, 2013

TOK ALI oh TOK ALI...

PRU13 dah pon melabuhkan tirai..tahniah kepada pihak yang menang, silalah jalankan tanggungjawab kepada rakyat dengan adil dan saksama..telus dan berwibawa..pelihara amanah dari kami (rakyat) ini dengan penuh jujur dan bertanggugjawab.. *ingat, anda bekerja untuk rakyat! 
buat pihak yang kalah..jangan bersedih..anda juga memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara..tanpa anda, mereka tidak nampak suara rakyat..tidak tahu "kuasa" rakyat dan mereka rasa sangat "selesa" diatas.. terima kasih.

tapi, ada juga perasaan terkilan berlabuh di hati..bila pemimpin yang wa respect, wa suka, wa rasa sangat down to earth..yang hardworking..kalah..Datuk Mohd Ali Rustam, Bekas Ketua Menteri Melaka ni kalah dengan wakil dari parti pembangkang untuk PRU13 untuk parlimen Bukit Katil P137..
tak apa lah tok Ali..kamu sudah melakukan yang terbaik untuk kami, rakyat Melaka..biarlah sesetengah mereka mengkhianati kamu..wa tetap rasa, kamu CM terbaik..kerja kuat kamu mendatangkan banyak hasil buat negeri tercinta ni..bagi wa and famili, kamu tetap menang di hati kami.. lima tahun lagi, masuk bertanding balik..org kita buktikan balik..sekarang, datuk berehat la dulu..perkemaskan barisan..perbaiki kelemahan..

petikan dari satu page wa baca..

Dari seorg Fan Yue Sharif
KHAS BUAT HERO KESAYANGAN MELAKA 
DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM

Tok Ali saya!
dia susah dia payah
segala kudrat semuanya dia kerah
demi menyuap kehendak rakyat yang tak sudah-sudah
keluar pagi ... pulang pun pagi semula ke rumah
kesian ... nak jumpa anak bini pun susah

Tok Ali saya!
di saat dihantarkan surat menjemput kemana-mana
tiada balasan ataupun mungkin dia lupa
namun bila sampai masa majlis bermula
dapat panggilan bahawa CM nak tiba!
besar sungguh hati dia sebagai pemimpin yang berjiwa!
sebab itu saya selalu bangga dan menyampaikan pada semua
yang Ketua Menteri saya selalu menjaga anak muda

Tok Ali saya!
walaupun selalu lambat datang kemana majlis rakyatnya
pernah juga terdetik di hati ... "Tidur di rumah ka?"
namun setelah lama kenal dan memahami jadualnya
baru saya tahu siapa dia apa tuntutan kerjanya
dia lambat bukan kerana dia menyempang arahnya
tapi dia lambat kerana berusaha memenuhi jadual sebaiknya
tidak mahu rakyatnya kecewa dengan ketidakhadirannya
namun tidak semua sempurna dan kegagalan itu tetap ada
salam dan maaf tak pernah lupa dikirimkan buat semua

Tok Ali saya!
hari semalam hari kekalahan dia!
namun bukan bererti dia kalah selama-lamanya
di hati rakyat kamu tetap perwira!
teruskan perjalanan rehatkanlah jiwa
semoga Allah membalas kebaikan semua
kalah atau menang belakang cerita
budi dan jasa takkan pernah dilupakan
semoga diberikan nanti istimewa
di dunia mahupun di akhirat sana
semoga dipanjangkan usia dan diberkatiNya!
jumpa lagi di lain masa
kamu tetap Tok Ali kesayangan saya! ♥

YANG BENAR,

..............................
(SAYA INI ANAK MELAKA)



tok Ali kami..
wa masih sedih dan terkilan..tunggu seminggu baru terubat ni kot..wa anak buah dia beb..bukan le dia sedara mara wa..tapi dia mmg panggil org bukit katil anak buah dia..huhu..


No comments: