salam penghuni blog..lamanya tak update blog..gila lama..lama pon tak gila camni *apa aku merepek daa*
well..too much to handle kan..dengan FB, What's App, IG, Wechat, selfie...eh??haha
oklah..straight to the point..aku nak citer pasal percutian aku baru-baru ni..entry yang ni aku cerita percutian paling latest eh..nanti baru share pasal percutian sebelum percutian tersebut..korang paham?paham-pahamkan lahhh..haha
27/10/2014 lepas birthday usben aku..haha..so sebagai menghargai segala penat lelah en.abg mencari rejeki untuk memenuhi keperluan dan kehendak bini..aku bawa dia pi bercuti kat Fraser Hills..kerlass kan..haha, tapi motip nak cerita aku order bilik guna BPH RPP je..apa itu RPP? Rumah Peranginan Persekutuan, khas untuk penjawat awam..korang ce masuk kat link ni BPH
Murah..selesa..besar..semua ada, besar gila bilik tu buat aku nak berlari-lari anak mengejar usben dalam bilik,tapi sedau diri cecepat anak2 memerhatikan gelagat kami..kahkahkah..itu komen aku untuk RPP Fraser Hills ni..harga pun sangat berbaloi..aku order bilik besau rm50/semalam so rm100 2 malam (peliss jgn bitau usben aku, biau dia fefeling terharu duk bungalow rege mahai kihkihkih) korang yang keje gomen shud try this la..ada kemudahan kita gunakan puas2 ye dakkk..hehe
*tips nak tempah RPP selalu check unit available masa awal bulan.. 1hb, 2hb..*
Apa ada kat Fraser Hills? selain dari taman menan untuk anak-anak..ermmmmmmmmmm, lama ermmm tu..haha..korang mengeram dalam bilik jelah ye..sesuai untuk "love birds"..aku tak pergi main paddle boat sebab kat melaka (tasik air keroh) lagi banyak paddle boat..aku bukan "bird watching" people..hahaha..so aku cuma enjoy view..cuaca sejuk..dan mengerammm anak beranak dalam bilik besar..
Jalan nak naik ke Fraser Hills sangat hazabedah berbanding jalan Tapah -Cameron Highland hokey..Melaka-Fraser Hills amik masa dalam 3jam 45minit, masa naik atas aku ok lagi..bila turun aku muntah-muntah plak..aku pikir aku dah mengandung hanimun kat atas tu..cepat nau plak effectnya..kahkahkah..tapi so far ok lah..anak2 enjoy pasal ada banyak taman mainan dan rumah bungalow baru diorang..usben aku memang jenis orang yang sukakan alam semulajadi..aku je suka hiruk pikuk bandau..ntah hape2 aku ni..haha
hokey..aku share sikit gambar..bagi korang yang tengah cari review Fraser Hills tengok..tempat cantik..sila hamik pic banyak2..
berkabus gitu.. |
dengan 'nyawa' |
'nyawa shazie' |
besau bilik dia kan |
dalam bilik juga |
ruang tamu banglo |
tempat wajib amik gambo kalau pi sini.. |
dah cukuplah eh..nanti entry satu lagi aku share pasal pi sabah pula..ada banyak informasi menarik..till then..assalamualaikum :)