Glitter Words

My Friends

Wednesday, October 31, 2012

Bukit Bendera, Pulau Pinang

masa pergi Pulau Pinang haritu,asben bawa kami sefamili naik Bukit Bendera..first time la naik..macam orang gayat jugak la kami..hehehe.harga tiket rm17 (2D 1K) tu harga untuk orang Malaysia yang ada Mykad,kene ada MYkad ok..kalau tak,rege jadi rm30/head..haha..
keretapi kabel (tak silap la namanya) tu kemain laju..tak sempat nak menikmati pemandangan..haha..perjalanan naik turun tu tak sampai setengah jam pon..cuma kami duduk lama atas Bukit Bendera tu..dalam 2 jam..siap naik buggy car (rm30/car,perjalanan dalam 20 minit ) yang ada disediakan kat atas bukit tu..yang bawa kami anak jati pulau pinang, uncle tu sangat la baik..dan memang ramah tamah..semua tempat dia tunjuk..semua banglo dia bitau sape owner..hehe..
Pemandangan kat atas Bukit Bendera memang cantik la..nampak se pulau tu..huhu..anak² pon suka sangat..diorang apa pon suka..janji berjalan..hehe..okeh..jom tengok gambar yang ada sikit² ni..





suka sangat dengan pic ni :)








ermmm..banyak lagi pic ada amik,tapi malas betul la nak upload..cukuplah takat ni kan..nanati kalau rajin akan dikongsi gambar kat Batu Feringgi ok..harap² rajin la.. :)

Sunday, October 28, 2012

Happy Birthday abang.

27.10.2012,ulang tahun kelahiran suami tersayang..

happy birthday abang..semoga abang sentiasa sihat,kuat dan encem :)
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
semoga sentiasa dilindungi Allah dan dilimpahi rahmatNya selalu..
semoga keluarga kita dirahmati Allah dalam pimpinanmu sayang..
amin ya Rob..
sayang abang sangat-sangat-sangat :) 


a gift from kakak alya,adik aqil and ibu :)

Alhamdulillah, semakin hari perasaan semakin ok..walaupon rindu masih bertandang dihati..al-fatihah buat arwah adik2 ku..


Monday, October 22, 2012

entry untuk adik ~alfatihah~

hari ni..22/10/2012,genap adik berumur 24 tahun,andai dia masih hidup..ye,hari ni..birthday arwah adik lelaki bongsu saya..yg terlibat dalam kemalangan 28 hari yang lepas..
dari malam tadi..susah untuk digambar kan perasaan ni..arwah yang cukup manja dengan kami..yang cukup suka bergurau..percaya atau tidak..dia berani sentuh perut saya sewaktu mengandung sebab nak rasa baby bergerak..begitulah manjanya dia..
setiap tahun dihari jadi dia..hanya satu permintaan dia.."along..nak kek batik"............................nangis :'((
tahun ni..hanya bacaan surah yasin dan doa dihadiahkan buat adik..ikhlas dari hati seorang along yang garang,suka membebel,tak sporting langsung..tapi sangat menyanyangimu..
alfatihah..semoga rohmu dicucuri rahmat..sayang :'((

Friday, October 19, 2012

JALAN² CARI MAKAN PULAU PINANG

salam semua..last week, kami se famili ke Pulau Pinang..mula² memang rasa tak mau pergi..takde mood nak berjalan..atas desakan asben + tiket flight dah beli awal..kami pergi jugak la..asben kata,nak hiburkan hati isteri dia yang asik bermurung..mana adaaaa..penat la sayang..cuma penat..dan merindui arwah....................
kami menginap kat PP Island Hotel, hotel biasa² je..tapi selesa la..motif utama ke Pulau Pinang adalah jalan² cari makan..tapi sebab kemurungan,asben ubah kepada misi menceriakan keluarga..boleh?boleh la kannn..tak pergi mana sangat pon..cuma round² sepulau je..cuma terkilan sebab terlupa nak makan durian balik pulau..ciss!camna ntah bleh terlupa..padahal dah sampai sana pon..sibuk cari "laksa pokok janggus" terlupa nak pi makan duliann..hehh **laksa tu tak se power "laksa power kat Pulau Langkawi" !
makan²kat Penang memang best la..cumanya,saya ni orang melaka..rasa macam kat melaka punya makanan lagi terbaekkk kot..hehh?? tapi i love pasemboq so much!!sedap sangat..lain² ok je.. tapi dalam keadaan masih berkabung..makan abis gak apa yg terhidang depan mata..huh??
antara tempat makan yg kami cuba
#Roti Canai Transfer Road
#Laksa Pokok Jangguihhh *Janggus
#Pasemboq Padang Kota
#Sotong Bakar Padang Kota
#Nasi Beriani Hamediyah 
#Cendol kat Chowrasta Market..

tu diaa..punya mencarik makan..huh!!oklah..time yg paling ditunggu..tengok gambar jom..

makan sebelum naik kapal
nice view

PP Island Hotel
depa inspection jap..

Laksa pokok jangguihh..
roti bakar transfer road..


pasemboq weh!
nanti kita stori pasal Bukit Bendera okeh..babai..

Sunday, October 14, 2012

Aqil warded due high fever + threatened Pneumonia

Aqil admit ward minggu lepas..tak sampai seminggu ocu meninggal..Aqil demam panas..ibu pulak masih mamai2 dan bersedih dengan kehilangan ocu..sampai tak sedar perubahan Aqil yang semakin lemah..maafkan ibu sayang..
Aqil mula demam dan batuk hari Sabtu (29.09.2012) ibu monitor temperature Aqil..'masih boleh bertahan',kata ibu..ibu lupa anak ibu ni kecil sangat..baru setahun 4 bulan..macam-macam kemungkinan boleh terjadi..ibu pentingkan diri sendiri..ibu tak mampu kawal emosi atas kehilangan ocu..maaf sayang..Hari Ahad pagi2 ibu terus bawa Aqil ke klinik panel abah..abah pon demam sikit..doc kata Aqil demam biasa..amik nebulizer untuk lega kan pernafasan..Aqil balik rumah,nampak segar sikit..so ibu pon takde risau..continue bagi ubat..hukhuk..
Isnin..Aqil dah mula lemah..dari pagi sampai petang..Aqil cuma tidur je..masa ibu ambil Aqil dari rumah mama..badan Aqil sangat panas..ibu terus bawa ke klinik..temperature cecah 40.2' !! supp PCM pon tak turun2 suhu..Aqil makin teruk batuk..nafas pon sekat2 dan pendek :'(  temperature terlalu tinggi,doc bimbang Aqil kene 'tarik' maka doc terus refer ke Hospital..ibu blur2 pon terus bawa juga..Aqil kene admit ward (02.10.2012) tanpa banyak bicara..kecian Aqil..banyak benda kene buat pada Aqil..sedihnya ibu..semua sebab ibu yg leka dengan perasaan sampai tak sedar aqil sakit teruk :(
Doc diagnose Aqil Pneumonia dan high Fever..kene IV (antibiotik&H20).. on Oksigen, 3 hourly nebulizer..etc..banyak sungguh procedur..kesian anak ibu :( 

cian anak ibu.. :'(
Alhamdulillah..Aqil dah sembuh..masih on antibiotik..tapi memang dia dah ok..dah berlari2..hehe..discaj weekend lepas 06.10.2012 :) insyaAllah..lepas ni ibu tak ikut kan perasaan sangat lagi..asben kata,jangan salahkan diri..jgn salahkan keadaan..semua ni takdir..ada hikmah diduga begini..Alhamdulillah,terima kasih Allah :)




Friday, September 28, 2012

Al Fatihah buat adik tersayang..Mohd Shahir b. Mohd

assalamualaikum..tanggal 25.09.2012,keluarga kecil sy diduga dengan dugaan yg hebat..adik bongsu lelaki kami telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..pergi menemui Kekasih abadi..tanpa pesan..tanpa tanda..beliau terlibat dalam kemalangan di Gua Tempurung, Perak..hanya jasad yg telah tidak bernyawa menanti kami setibanya kami di Hospital Kampar..Allahuakbar!!!berat dan pedih dugaanmu pada kami ya Allah..

Adik..tak terkata sedihnya hati ini menerima khabar pemergianmu..seakan tak percaya kita tak dapat bertemu lagi..luruh hati bila melihat jasadmu yg terbujur kaku saat hendak dimandikan..meruntun jiwa bila lihat semua luka-luka di seluruh wajah dan kaki mu..rasa tak sanggup nak menyentuhnya kerana along seakan dapat rasa kesakitan itu.. 
Adik..along sedang menangis..berfikir..siapa lagi yang hendak along bebelkan..siapa yang nak along risaukan..pada siapa along nak minta tolong perkara-perkara remeh yang hanya kamu rajin melayan..dan alya dan Aqil hilang ocu tempat mereka bermanja,bergurau..ya Allah,kesedihan ini amat pedih :'(

Kadang-kadang,syaitan merasuk saya untuk persoalkan qada dan qadar Allah..mengapa kedua-dua adik lelaki saya di ambil seperti ini..tak kesian kah Dia pada keluarga kami?adik lelaki saya yg pertama meninggal kerana kemalangan juga 8 tahun lepas..dan sekarang,satu-satunya adik lelaki saya yang tinggal jua pergi kerana kemalangan..Astaghfirullahalazim,siapalah kita nak persoalkan qada dan qadar Allah..astaghfirullahalazim..."aku berlindung dari syaitan yang direjam..ampunkan daku ya Allah" 

"Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Ta'ala."

semoga roh adik yang tersayang dicucuri rahmat dan  ditempat dikalangan orang-orang yang beriman..al fatihah..
Mohd Shahir bin Mohd ~22.10.1988 - 25.09.2012~

Sunday, September 23, 2012

Melaka Wonderland Water Theme Park

semalam..kami satu famili ke Melaka Wonderland Water Theme Park..berbekal kan kupon beli satu percuma satu tiket..heheh..agak jimat la..actually ni kali ke-2 pegi ke sini..kali pertama masa minggu pertama launching..tak banyak beza pon dari mula buka dulu..kalau korang dah biasa ke water theme park yang besar seperti sunway lagoon, Afamosa waterworld dan seangkatan..peliss jangan expect this Melaka Wonderland se hebat itu..rasa nya berbaloi la dengan harga tiket dia..sepeti dibawah :


Adult - rm30
Child - rm25 (rasanya patut rm20 sudahhh..hehe)

kerana ai ada kupon tu..so dapat la tiket 4 tiket dgn harga 2 tiket sahaja..yesss!makan kat dalam tu okey2 saje..nak kata mahal sgt pon..ermmm..bg ai..ok saje..burger rm4..boleh la kann..makanan dilarang bawa masuk ye (kecuali korang pandai seludup :p) air boleh bawa masuk..

okeh,cerita paling tak best..dah 2 kali pergi sana..asik la masalah kamera..1st time pergi,kamera rosak tak boleh tgk pic yang dah amik..kali ni pulak,lupa bawa kamera!!!!so,guna henfon je amik gambar..sampai henfon masuk air..fuhhh -_-'
berikut adalah pic yg sempat di tangkap..

adik memang suka main air!
adik dengan boya..
alya takut air..heheh..
tetiba semalam ada member asben bagi ni 10 keping..huhu..rezeki!
so..planningnya..bulan 10 ke Pulau Pinang..bulan 11 ke Legoland..bleh gitu?muahaha..
babai :)