My Friends

Monday, September 30, 2013

PERCUTIAN KE MEDAN, DANAU TOBA, BARASTAGI - Day 3

Entry percutian ke Medan terhenti pasal ai is sangat sibuk..huhu..yang ni last entry tentang Medan..yerla, kot ada nak refer sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. kannnnn :)

Malam terakhir di Medan, kitorang menginap di Hotel Madani..lebih kurang 3-4 bintang..antara hotel yg ada nama di Medan la..servis ok..hotel ok..dan yang paling best..Hotel ni berkonsep Islamik..hebat kan?ala-ala hotel yg ku stay masa pi jalan-jalan kat Kelantan beberapa bulan lepas..tapi yang tak bestnya..lift kat hotel ni..perlukan kad bilik memasing kalau nak bergerak..okeh macamni..katalah bilik ai 548, tingkat 5..nak naik tingkat 5..ai kene cucuk kad bilik i kat ruang yg disediakan dalam lift..kalau tak, lift tak bergerak..heheh..dan perlu minta bantuan bell boy kalau takde kad.. *depa will ask..nak pergi bilik siapa diatas...and ai seriously rasa depa nak kontrol kes call girl kot..muahaha..and one more thing, ai tak lena tidur di Hotel ni, pasal bunyi hon masih kedengaran sampai la ke Subuh..adehhh..

Seawal jam 9.00pg kami dah cek out, lepas breakfast kat hotel (makan ok la..sedap jugakla..) Pak roy dah tunggu kami jam 7.30pg lagi..cian Pak Roy, setia sungguh..hehe, kami dibawa ke Istana Maimon..kalau korang nak tau, Istana ni masih di huni kerabat-kerabat Sultan tau..malah Sultan dia pon ada balik (dia baru 7years tak silap..) tapi oleh kerana di sana Sultan dah takde kuasa..so mereka pon bekerja macam biasa..hidup macam orang biasa..tak macam kat Malaysia ni..semua nak ngaku kerabat :p
sampai kat Istana Maimon..ada sorang pakcik tetiba explain kat kami pasal Istana tu, pasal sejarah-sejarah sultan Medan..kami dengar je lah..ending, macam biasa..dia minta "sumbangan" ikhlas, hehe..kami bg la 10 ribu rupiah..hadoiii..

hari terakhir di Medan, selain ke Istana Maimon, sememangnya diperuntukkan untuk proses membeli belah..hehe.. Pak Roy bawa kami ke kedai menjual telekung, beberapa buah kedai lagi dan shopping complex "Matahari", ai and husband memang dah letak target kami datang ke Medan untuk enjoy the view..tengok negara orang..so, memang tak beli apa sangat la..kek "bika ambon" yang glamour tu pon kami order je dengan pak Roy malam tu..sebelum ke airport pok Roy singgah pickup kek kami..hahahah..punya la malas :p 
*exceli ai ada beli kasut sepasang kat Matahari..haha..kasut kulit dgn harga rm40/pair..tak ke murah!!!hahaha..

Lepas makan tengahari, kitorang terus gerak nak ke airport..dari Medan ke Kuala Namu Airport lebih kurang 1 jam 30 min..sampai airport kami tak risau apa, semua Pak Roy urus..sampai ke titisan peluh terkahir kata Pak Roy..haha, dia check in kan..dia check in lugage..urusan kastam dan sebagainya..sehingga kami masuk ke gate pelepasan..Thanks Pak Roy *ini saya bagi 5 bintang! *korang kene hati2 dengan semua jenis ulat2 beg kat sana..kami tak dibenar turun dari kenderaan dan bawa beg oleh Pak Roy selagi dia tak dtg bawa troli beg pada kami..sampai macamtu sekali..tapi tak ramai sangat la ulat tu, sebab airport baru..hihi

Pesan Pak Roy, kalau nak hand carry barang tu jgn terlampau banyak..nanti kene denda dek kastam sana(selain airport tax tu)..kami tak shopping sangat, so takde la byk barang..hihi..Sampai di Malaysia lebih kurang jam 7.00pm..terus nak carik makan pasal rindu makanan Malaysia..hahaha *dasar! tapi masa tunggu nak pickup beg, sempat la ai grab si Elizbeth Garden yg berharga RM100/ btl..huwaaa..tak ke murah..huhu..sampai kat Nilai, jumpa kedai makan..kami makan sampai tak hingat..balik Melaka, jumpa lagi kedai Makan..eh makan lagi..muahaha..

okeh korang..cukupla entry pasal Medan ni..kalau ada sesapa nak pergi Medan, boleh la contact Pak Roy(00628126567621), dia ada whats app u! senang nak contact.. hahah! kat sana, sape2 mintak tips..korang bagi la dalam 10 ribu @ 20 ribu rupiah je : cth bell boy hotel, tukang karut yg tetiba menyempi bagi penerangan yg takde keperluan :p ..tapi kalau tips untuk Supir, korang bagilah seikhlas hati..RM30 ke RM40 ke..RM50 ke.........ikut keihklasan...

sebelum ditamatkan entri ini..macam biasa..jom tengok gambar :)
hotel Madani
@ Istana Maimon

Little Bandung
:0
Kota Medan
Okies..Babai :)

Friday, September 13, 2013

PERCUTIAN KE MEDAN, DANAU TOBA, BARASTAGI - Day 2

Okeh, kita sambung balik cerita Medan..Hari kedua kat Danau Toba, kami kene berkumpul seawal 7 a.m di cafe Danau Toba Cottage Inn..ai ngantuk pasal tak bape lena tido, bukan sebab ada bendasing ke hape..tapi pasal sejuk sangat..gagau cari remote econ, baru teringat takde econ dalam itu bilik..hihi..pastu kan, kat Danau Toba Cottage Inn tu..ada waktu nye air panas kat bilik air tau..masa kitorg sampai malam tu, takde air panas..sejuk beku badan kene air..hihi..

so lepas breakfast, kitorg naik feri (they called it TUK TUK) untuk ke Pulau Samosir, yg lebih spesifiknya kami ke Perkampungan Tomok..dimana terletaknya Makam raja-raja lama bagi perkampungan tersebut, sampai kat perkampungan tu, pak Adi terus bawa kitorg ke kawasan perkuburan tu..masa sampai di perkuburan Raja Ompu Tolu Sidabutar ini kitorg disuruh menyelepangkan kain ulos di bahu dan harus mengucapkan "horas" di situ, sebagai tanda kami diterima di situ. ai and famili jerit jugak la "HORAS" sambil gelak-gelak..huhu..pak Adi mula la menceritakan sejarah Raja Ompu Tolu Sidabutar dan anaknya serta awek pada anaknya..muahaha..ai dengar2 ayam je lah sejarah tu..aqil iman syok tido..yg excited dengar ialah en.asben,ntah pasal..huhu..Setelah selesai mendengar cerita ringkas ini, kitorg kena pulangkan ulos itu kepada tuan yang empunyanya, tetapi tuan empunya itu meminta duit *derma sebelum pulangkan ulos tu..aikk, tadinya engko cakap FOC..tetiba ko minta derma..haha,so kitorg share sorang sikit masuk tabung tu..muka pakcik tu tak puas hati dapat 40ribu rupiah..adehdehdeh..tapi kitorg buat tatau je..

bershopping di perkampungan tomok adalah amat mencabar bila korang menjadi antara pelancong pertama sampai disana..semua mohon korang beli satu dua barang untuk permulaan bisnes diorang "pecah telur" tapi diorang okeh, takde pulak paksa2 sampai ugut2 macam ai baca dalam blog..semua pujuk dengan kasih sayang..harga pon ok je..tak murah..tak mahal sangat..ok2 saje..cuma biasalah taktik peniaga, tipu2 harga sikit sebab matawang tak sama..diorg buat kita keliru,sebab tu kene buat list tukaran matawang utk senang nak refer..ai ada lah beli sikit2 buat cenderamata untuk kawan2 opis..sikit2 sudah..hihi *tips sebut Horas setiap kali nak shopping..depa suka!!

lepas tu, perjalanan kitorg diteruskan ke Barastagi..kata Pak Adi perjalanan ambil masa lebih kurang 7jam dengan singgah di beberapa tempat..perjalanan tu lalu kawasan yang sempit dan agak bahaya *macam jalan Tapah, Cameron highland*..Sepanjang perjalanan..ai macam takmo lelap mata langsung..teruja dengan pemandangan sekitar..indah sungguh ciptaan Allah..banyak tempat yang depa tak usik lagi..korang rasa macam kat sebuah negara beriklim sejuk yg penuh dengan kehijauan *amboi melampau bahasa :p
Kami singgah di kawasan yang di namakan simarjanjung (betul ke eja camni..) konon nak minum teh halia dan goreng pisang..errr, bukan selera tekak en.asben yang Cuma minum seteguk je teh halia tu..haha..goreng pisang dia ok la..cuma harga tu 2500r rupiah sekeping, bersamaan rm0.80..gile tak mahal..haha..

Kemudian kitorang teruskan lagi perjalanan, ke kawasan Air terjun Sipiso-piso..bila sampai disana..sumpah kitorang terpaku, memang cantik..Subhanallah, korang akan rasa macam tengok lukisan tapi LIVE! Cantik sangat-sangat..tak tau lah nak cakap macamana..asikk le kitorang ambil gambar..tapi kitorang tak turun hingga ke kawasan air terjun sebab bawa ramai budak..jalannya agak bahaya..ambil gambar dari atas je..korang tengok la sendiri cantik ke tidak..huhu..kitorang lepak kat situ dalam 1jam kot..cantik..cantik..!

Seterusnya, kami ke Barastagi.. dari kawasan air terjun Sipiso-piso ambil masa dalam 1 jam ke Barastagi..Samapai kat Barastagi, anak2 lah paling seronok..depa dapat tunggang kuda..hahaha..dengan bayaran 30ribu rupiah seekor kuda..boleh lah tu, dalam rm8.50. Kawasan Barastagi lebih kurang macam Cameron Highland *tapi CH lagi cantik la.. kalau korang sampai sana, ai highly recomend makan jagung rebus @ bakar kat situ..sedap bangat!huhu.. So, kami ada lah soping2 sikit..beli buah-buahan dan baju-bajuan..hihi

Perjalanan dari Barastagi Kemedan ambil masa lebih kurang 2jam perjalanan..tapi kami terpaksa hadap macet(jem) di sempadan Barastagi/medan pasal ada satu Lori 8tan terbalik masuk gaung..korang bayangkanlah..lori tu terbalik jam 9.00pg dan masa kitorg lalu jam 7.30mlm, masih belum dialihkan dan masih belum berjaya dikeluarkan..ada ke patut nak tarik pakai lori dan towing keta??adoiiii..hihi

atas tuk tuk



perkampungan Tomok



simarjanjung

air tejun sipiso-piso


di Air Terjun sipiso-piso
barastagi



pasar buah Barastagi

Alhamdulillah kitorang selamat sampai di Hotel Madani walaupon agak lewat..disana Pak Roy dah tunggu untuk trip di Medan besoknya pulak..hehe..Cerita pasal Hotel Madani dan Bandar Medan pada entry akan datang ye..

babai..

Wednesday, September 11, 2013

PERCUTIAN KE MEDAN, DANAU TOBA 2013 - day 1

salam..hari ni ai nak share my experience pergi bercuti dengan famili yang besar ke Utara Sumatera Indonesia, MEDAN. Perjalanan yang agak penat tapi hasilnya, pemandangan yang asik bangatt..hihi..kira terbayar lah segala kepenatan perjalanan jauh ke Danau Toba tu :p

Percutian kali ni adalah 3hari 2malam saje..my mistake la sebab beli tiket flight camtu..tak survey dulu kan..baru tau yang masa sangat2 singkat kalau takat 3h2m tu..nasib baiklah flight balik lewat petang..huhu..flight berlepas jam 1.20pm(waktu m'sia) dan sampai di airport Kuala Namu, Medan jam 1.20pm (waktu tempatan medan), nasib baik la tak terlepas flight sebab salah tengok time departure,bebetul dah nak tutup gate masa kitorg nak masuk flght tu,mau nangis haku tak pat pergi,beg aje lah sampai ke Medan..haha..kami disambut mesra oleh pak Adibiyo (tour guide)..saya ambil pakej dari pak roy untuk trip ni, rekomen by blog sis wahida..tapi pak roy tak dapat bersama kami hari pertama..tu sebab anak buah dia yang pickup kami..rate ai beri untuk servis mereka 4bintang setengah(yg setengah tu ada la jugak)hehehe..memang baik2 orangnya..tak rasa baru kenal, macam dah berkali2 jumpa pulak..oh ye, untuk pakej dengan pak roy ni, dia memang buat sorang tour guide dan sorang supir..kerja supir hanya memandu, tour guide pulak korang tanya la puas2 apa yang korang nak..pasal negara kita pon dia boleh jawabkan..punyalah mesra :p ai memang amik full pakej sebab malas nak pikir banyak..pakej dah siap makan 2x bfast, 2x lunch, 2x dinner..minyak, parking, entrance fee, ferry, dan 2 hotel yg berlainan, cuma bawa duit belanja sendiri yg takde dalam pakej saje..mudah kan?hahahaha..yang penting semua nya 100% muslim..pak roy sediakan kami suzuki elf sepanjang di medan..besau gedabak..haha..berlari2 anak2 ai dalam van @ bas mini tu..ntah tatau nak kategori apa jenis kenderaan tu, van pon bukan..bas pon bukan..mpv lagi la bukan :p


ni la Suzuki ELF tu.. err,yg tu bukan supir eh, my asben tu :p
besar kan?
Perjalanan dari Airport Kuala Namu ke Danau Toba ambil masa lebih kurang 5 jam ke 6 jam itupon kalau takde masalah macet (jem) yg melampau dan tak asik berhenti "kosong dan penuhkan tangki" perut..mula2 tu tengah excited melampau datang negara orang, jadi masih terkinja2 tak rasa bosan..tapi dah masuk 4jam perjalanan tak sampai2..mula la ai rasa menyesal la hapela..wakaka..yg anak2 berlari2 dari seat depan ke belakang sampai le depa tired..dan tertidur..nasib baik la ELF ni seat belakang dia boleh rebah macam katil..syok u..haha..sepanjang perjalanan tu, kami singgah untuk makan tghari di sebuah kedai makan yg dah lupa nama dan sangat tak sedap *nasib ko baik lah aku lupa nama kedai ko!! singgah solat di satu masjid milik kerajaan yg ai sgt suka facilitiesnye,mesra tourist sungguh! then singgah ke kedai paten yang jual teng-teng, pong-pong, A.kam..etc, kedai yg jual jajanan local..sedap gak la..sampai habis beratus my mom and my sis beli, tak paham -__-' dan juga rasa macam kedai tu jual agak mahal la..sekotak ada isipadu 8kotak kecik 64000 rupiah is rasa macam wat de hel!hahaha.. kemudian kami singgah makan malam di satu rumah makan di Danau Toba yang membuatkan ai belajar makan nasi kosong dengan sambal cicah kerana tak selera dengan rasa lauk2 yg depa hidang..manis2 belaka!huhu..
*tips..adalah lebih baik tour guide yang bookingkan makan or amik pakej sebab tourist sebelah meja kami 4 org malaysia kena byr 370 ribu rupiah utk makanan sama mcm kami, sedangkan kami 8org punya mkn pak adi byr cuma 75ribu rupiah..korang dapat permainan depa kat situ?huhu

Kami sampai di Danau Toba Cottage Inn dalam jam 9malam..perghhh..kematu gak la montot ni..nasib baik byk lemak..hahah..tapi bila sampai,walo dah malam sangat, tapi rasa damai je..pemandangan indah dalam kelam2 tu..korang bayangkanla time pagi2 camna cantik kalau dah malam pon ai rasa cantik..terus tak jadi mengomel kepenatan..huhu..so, pak adi suruh berkumpul sarapan jam 7pagi (lebih kurang jam 8pg malaysia) dan kami akan bertolak ke Kg, Tomok, Pulau Samosir selepas sarapan..lepas dapat penerangan sikit2 tentang Hotel tu, etc..ai and anak2 berlari2 keanak-anakan masuk kebilik berlumba2 nak tido..hahahah..seriously damai..kat sana sejuk okeh,tak perlu guna aircond, dan mmg hotel2 kat sana takda yg ada aircond pon :p

ai share sikit gambar ye..tapi hari pertama ni tak da byk gambar menarik la..banyak gambar kejakunan dan keterkinjaan kitorg je..wakakaka :p

those yg nak pergi Indonesia..kene isi 2 borang tau, yg ada 2 part utk isi time sampai and time balik tu mesti isi sorang satu ye..kalau yg custom declaration tu satu famili satuborang dah cukup.


welcome snack from Pak Roy an team :)



 errr..this is from rumah makan yg tidak sedap itu!
 kat Kedai PATEN

 DANAU TOBA COTTAGE INN - bilik kami menghadap tasik yoo!

pandangan dari atas..tu la bumbung bilik kami..





okeh..cukup takat ni..nanti sambung entry lain ye..daaa :)

**untuk pertanyaan alamat e-mail pak roy(supir/tour guide) saya dah terdelete dalam inbox..sila whats app beliau di no (00628126567621)

Tuesday, September 10, 2013

Preloved - CarloRino Handbag

assalam..kawan2 bloggers ku sekalian..hihi..ai nak buat preloved my collection lah..terdiri dari handbag kasut, baju dan tudung..nanti i will upload dalam satu2 entri ok..untuk hari ni i start with this handbag..






 Authentic Carlorino yg sgt2 sweet.. 
condition : 8/10..ada defect yg tali tu gam tercabut..
tapi boleh gam semula..i malas..huahuahua 
boleh letak byk brg nie...ehehhehe 
alasan nak letgo : jarang pakai sebab ada sorang budak opis ada design sama camni..huhu 
nak letgo for RM170 ; harga asal rm340 tak silap
p/s: talinya besi, yg gam tertanggal tu tali lilit yg bg cantik je..dun wori k..
(HARGA MANJA(30/09/2013 : RM120 incl POSTAGE)

kalau ada yang berkenan, or ada nak tanya..pls pm me @ sashamunira@yahoo.com.my
tq :)