My Friends

Monday, December 31, 2012

2012 dan kenangan

status facebook hari ni (31.12.2012) :
2012~meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis..banyak mengajar erti ketabahan dan mengajar hati untuk redha dalam menerima ketentuan Ilahi.. 
2013~ semoga diberi kesempatan untuk terus mengecap kehidupan ini..bersama yg tersayang, dalam redha Ilahi..

2012 bakal melabuh tirai..bagi saya..2012 banyak mengajar erti ketabahan dalam menempuh realiti kehidupan..paling terkesan bila kehilangan arwah adik bongsu saya dalam kemalangan..rindu yang tak pernah pudar..
namun begitu..ada juga kenangan manis 2012 yang menjadi kenangan..percutian yang super best dan juga dapat adik ipar (2 sekali gus) pertengahan Disember lepas.. rasa lega..semua adik-adik dah kahwin..Alhamdulillah..next year saya share story majlis perkahwinan tu ye..harus share sebab i'm the FM of the wedding!!!hehe

tentang 2013..apa yang diharap..apa yg ditunggu..semoga menjadi kenyataan..amin ya Robb..


Tuesday, December 11, 2012

belajar meredhai..

semalam..saya kehilangan duit..jumlah yang besar..bagi orang yg kecil² macam saya..saya tenangkan hati..dalam² memujuk hati yang sedih dan terkilan..air mata jatuh juga masa nak maklum kat asben tentang kehilangan tu..terbayang pulak kepenatan asben cari duit, ulang alik dari Tangkak - Melaka ke tempat kerja..dapat gaji..bagi kat isteri elaun bulanan..si isteri cuai letak merata..sampai hilang duit tu..hermmm..

hari ini..dalam menanti PPTM datang untuk chek cctv kat ofis ni..saya sedang belajar untuk mendidik dan memujuk hati supaya redha..andainya duit tu bukan rezeki saya lagi..saya perlu redha..cuba beranggapan ini lah ujian kecil dari Allah..mengingatkan saya bahawa segala-galanya adalah milik Dia..rezeki ditangan Nya..andai kata sudah tertulis bukan rezeki saya..dah dalam genggaman pon Dia boleh menarik nya.. dan saya cuba muhasabah diri, ada yang perlu "dibersihkan", pujuk hati lagi ~sigh~

semoga hati saya belajar supaya redha dengan ketentuan Allah.. dan dengan kata² yg saya ambil dari blog² rakan²lain..hati lebih tenang.. :)

"Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki  kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari"

Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15


orang yang beriman..tiada istilah masalah dalam hidupnya..yang ada,hanya cubaan..dan cubaan dari Allah itu, bukanlah dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaian..hidup ini,jangan kusut otak kita yang memang Allah jadikan dah sedikit serabut tu..usaha dan berdoa.. ~petik dari seseorang~

wallahualam..


Friday, December 7, 2012

tidak serapuh gigi ibu..

dear my kids,Aqil & Alya..meh dengar sini..ibu nak bagi nasihat..nasihat hari ni berkenaan dengan pentingnya penjagaan gigi..muahaha 

anak²..dari zaman ibu kecik,ibu sangat tak suka minum susu..euwwwww, ibu kata bila berhadapan dengan susu..dahla tu,semua benda berkaitan dengan sumber kalsium..semua ibu takmo makan..ikan bilis..cheese..sayur²..semua ibu kata 'eiiiiiiii..' heheh..hasilnya??gigi ibu banyak yg rosak..bertampal sana sini..bila time dentist datang sekolah,ibu le antara murid yang paling lama kene 'detim' dengan dentist tu..huwaaaa..

anak²..masalah ibu tak tamat di situ saja..di waktu remaja,ibu jenis yang suka makan manis²..ibu sangat² suka kemam gula²..sangat suka mamah coklat..sebelum tidur ibu mesti nak pekena coklat barang sepapan..mujurlah waktu itu metabolisme ibu sangat baik..pembakaran lemak berlaku dengan cargas..maka ibu tidak mengalami masalah berat badan (diulang ye..SEMASA REMAJA) tapi,satu pulak masalah ibu bertimpa..gigi ibu rosak teruk..bayangkan,ibu kehilangan 2 batang gigi geraham sebelum berkahwin dengan abah..syukurlah abah menerima kekurangan gigi ibu itu tanpa mengurangkan sesen hantaran pon..hakhakhak..kos rawatan gigi ibu masih lah dibawah rm100 dan ibu masih boleh tersenyum dengan cantik kerana gigi yang hilang orang tak nampak..yeayyy..ibu mkn coklat lagi...

anak²..akhirnya..kamu berdua umpama bidadari dan bidadara muncul dalam perut ibu..the best part of my life..hehe..untuk memastikan kamu cukup semua bekalan semasa dalam perut ibu, ibu makan semua yg berkhasiat..ibu pastikan tak culas semua vitamin yg di bekal oleh doc..hehe, cuma..ibu terlupa..ibu ada masalah kalsium..gigi ibu mula reput..sebatang demi sebatang..ibu mula kehilangan gigi..huwaaaaa..bukan salah kamu berdua,salah ibu..yg tak jaga gigi dari kecil lagi..

now..gigi ibu semakin reput..lepas sebatang demi sebatang perlu dibuang..root canal pon tak boleh dilakukan..sedihnya ibu..2 hari lepas..ibu kene buang 2 gigi geraham yang dah mereput..ditambah tampalan beberapa gigi..dan ibu terpaksa tunggu 2 minggu lagi untuk minor surgery lagi 3 batang gigi yang reput.. :(

anak² ku sayang..ye, diusia muda ini...ibu mungkin akan terpaksa menggunakan ehem² ,hehe..malu le ibu nak sebut..ibu nak senyum pon dah tak cantik tau..ehehe..dan paling sakit hati..sekali rawatan pergigian je ibu mampu berhabis rm350-rm400.. sebenarnya tak berapa mampu pon :p tengok tu..amountnya boleh bawak kamu pergi bercuti ke Legoland,sunwaylagoon..etc..tapi tengok la..ibu mu berhabis kat Klinik Pergigian Persoan..hukhukhuk..

akhir kata..untuk mu anak², jaga lah gigi kamu baik²..makan lah sayur-sayuran..susu dan segala sumber kalsium.. kurang kan atau terus elakkan segala yang manis..amik ikut keperluan saja.. selalu la pi jumpa dentist (lepas ni jgn menangis ibu bawa pi jumpa dentist every 6month..ibu takmo korang alami masalah sama ibu) dan yang terkahir.. KENE DENGAR CAKAP IBU DAN ABAH..TAKMO LAWAN TAU, nanti gigi rosak dan rapuh (okeh..yg ni ibu tipu ;p)
semoga anak² ibu membesar dengan sihat dan kuat..dan menjadi anak² soleh dan solehah..

tengok bill ni..kalau ibu cancel pi Legoland tahun ni agak² dimaafkan tak?hehehe


yang pastinya..kasih sayang ibu pada kamu wahai anak²..tidak serapuh gigi ibu..sentiasa kuat dan bercambah dari hari ke sehari..ewahhh..hehe..muahhh

Wednesday, December 5, 2012

Tired or Bored?...

mood hari ni..


rasa nak balik tido..kerja belum siap..huwaaa..